Want your
own Fotopage?







 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Monday, 13-Apr-2009 08:34 Email | Share | | Bookmark
4 HARI 3 MALAM DI KAMPUNG HALAMAN

 
 
 
View all 18 photos...
Salam buat semua.

Hari Isnin hingga Rabu iaitu pada 6 April - 8 April, akak menghadiri kursus. Jadi fp tak update, cuma akak masukkan sikit khasiat herba yang dah lama terperap. Jadi pada kak Rus yang bertanyakan nak buat macamana dengan bintang langit tu, biasanya masyarakat Cina merebusnya dan diminum air rebusannya. Untuk sukatan airnya tu, tak lah akak tahu. Cuma setakat itu aje yang boleh akak bagi tahuuu. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah klik2 cari cara gunanya. Satu lagi akak tak berani nak bagitahu caranya kerana ditakuti ade kesan sampingan, susah nanti akak. Ape2 pun kena tanya pada yang arif - pakar yang mengkaji ubat2an herba.

Kali ni akak nak bawak kengkawan jalan-jalan dengan akak balik kampung akak di Kelantan. Pengalaman akak kali 1 drive kereta sampai Kelantan. Cukup seronok tak terkata. Kalau dulu biasanya kita dok sebelah, bengkak dan kebas kaki, sakit pinggang dan segala macam sakit, tapi bila drive sendiri amboi makkk, semua sakit tu tk adee...syiok habissss..rasa nak drive lagi balik kampung. Tengok nanti cuti bulan jun ni pulak..

Akak melalui lebuhraya KL-Ayer Keroh dan pintas ke jalan Cheras/Kuantan. Anak akak kat sebelah mula tembak niii.



Dia orang kata cukup unik paip gergasi ni. Tempatnya akak tak perasan pulak kat mana. Waktu sampai sini jalan memang jem. Jadi terpaksalah berhenjot3 ikut buntut kereta orang. Ikut punya ikut sampailah ke jalan persimpangan baru iaitu Duke. Entah macamana kereta yang dipandu sampai ke Kepong. Perasan bila ade trafik light-kena berenti 2 kaliii. Dalam kepala fikir kalau dulu pegi Genting Highland lalu jalan ni tak ade pulak trafik light nii....hi hi hi sib baik perasan tak lah sesat jauh. Patah balik terus nampak signboard Batu Cave. Terus belok ke Batu Cave. Adui ni akibat dah lama tak guna jalan niii.Cepat betul KL membangun...

Sampai Kelantan jam 8.00 mlm. Bertolak jam 8.30 pagi, kalau tak sesat mungkin sampai lebih awal. Singgah di Pasar malam ketereh. Bila sampai situ teringat pada Mamasya. Waku tu jam 6.30 petang. Sempat beli makanan dan sikit pakaian dan langsir. Boleh tahan murah jugak harganya.

Di Kelantan, dapat jenguk cucu sedara yang baru. Cute dan manja. Geram dibuatnya. Akak dukung dia, peluk dan cium sepuas-puasnya...Heem emeeeeemmmmm.



Dapat jumpa mak. Mak ada kat Kelantan bila balik Raya tahun lepas. Dia serik nak ikut balik Melaka sebab dah muntah-muntah masa perjalanan. Waktu tu bulan puasa. Tak mengapa lah mak. Ikut suka mak lahhh, asalkan mak senang hati dan bahagia di samping anak-anak. Saya tetap sayangkan mak walaupun kita berjauhan..nanti kalau tidak ade aral kita jumpa lagi cuti sekolah ni ye!



Waktu akak ade kat rumah lama akak, memang seronok sebab dapat jumpa dengan kakak kedua akak, anak2nya dan menantu barunya. Memang penuh rumah lama tu. Tapi macam biasa lah, sedih melihatkan rumah akak yang ditinggalkan tanpa penghuni. Habis semua anai-anai, dia menjadi maharaja kat rumah tuuu...Sib baik ada anak buahhh..masing-masing bergotong royong membersihkan rumah dan membuang dan membakar ape yang patut.


Pengantin baru ( T shirt purple ) pun ikut sama menebas ape yang patut








Kalau ade ubi kayu dibakar di dalam rimpunan api begini, makan panas-panas memang sedapp.


Tengok kesan anai-anai pada mesin jahit mak. Mesin jahit ni dibeli sewaktu akak sekolah rendah.

Sempat jugak akak pegi pasar Kota Bharu, membeli tudung, jubah, beg dan brooch untuk kegunaan akak dan anak-anak, kain pelikat dan keropok untuk dibawa pulang ke melaka untuk diberikan kepada teman pejabat Kak Long. Bila perut dah lapar, ape lagi pekena mihun sup di medan selera di Kota Bharu. Tapi kali ni tak puas hati berbanding makan mihun sup bila balik sebelumnya. Tapi keseronokan makan bersama anak-anak cukup membahagiakan.



Waktu di rumah lama jugak, sempat dia orang raikan hari jadi adik ( anak bungsu akak ) yang ke 11 tahun. Bukan main seronok dan senyum lebar adik menerima kek keladi, kek coklat dan cheese cake dari sedara2nya. Walaupun tak ditulis namanya namun nampak di wajahnya cukup gembira dan bahagia.



cheese cake simple


Kek keladi. Sapa ade resepi kek ni... kita share nak tak? Tapi akak rasa akak boleh buat kot niiii..

Sebelum pulang akak sempat ambik benih ubi ni. Dah lupa pulak ape namanya. kalau kecik2 nilah makanan akak bersama keluarga. Direbus dengan sedikit garam. Cukup manis rasanya tapi dia sedikit ber urat2.Maklumlah dulu mana ade banyak makanan seperti sekarang. Akak rasa kalau diambil ubi ni direbus bagi kat anak2 rasanya dia orang tak makan kot....




Ni isi dia...........

Sebelum meninggalkan ruma lama, akak sempat mengambil beberapa ikan guppy untuk dibawa pulang. Hi hi hi segala macam akak ambik. Bukannya ape kalau rindu kat kampung, tengok2 ikan, atau pokok uyang diambil dari kampung dan ditanam kat Melaka dapat jugak lepaskan rindu pada kampung. Tapi satu yang lucu, akak cuba masukkan tangan akak ke dalam air peliharaan ikan guppy, masing-masing datang meramai-ramai mematuk2 tangan akak. Hush ini boleh cari duit nii..Hi hi hi macam anak2 ikan tilapia yang dijadikan ikan terapi kat pasaraya tuuu. Se1/2 jam RM15.00. Lepas tu, anak2 dan anak buah pulak seronok celupkan tangan masing-masing ke dalam kolah peliharaan ikan guppy tu


Yang ni dalam kolah yang besar paras dada akak.


Dalam ni tak berapa banyak ikan guppy....Tu sebab ade yang main air...dah frust.

Tu lah citer akak balik kg ari tu, sambil buat urusan tanah pusaka, sempat menziarahi abang dan berjumpa dengan kakak dan mak. Cukup membahagiakan...susah untuk mendapatkan saat bahagia seperti ini lagi......


Thursday, 9-Apr-2009 12:33 Email | Share | | Bookmark
57. HERBA KHAZANAH WARISAN

 
 
57. BINTANG MERAH, BINTANG LANGIT

NAMA SAINTIFIK: Alternanthera sessilis (L) R. Br. Amaranthaceae

Bahagian yang diguna : Seluruh herba




KEGUNAAN

1. SAKIT GINJAL

2. SAKIT BATUK BERDARAH

3. MELEGAKAN DEMAM DAN ANTIDOT

4. SAKIT JANTUNG

5. BAIK UNTUK PERUT.



Monday, 30-Mar-2009 15:20 Email | Share | | Bookmark
JOM TENGOK NI.......

 
 
 
View all 10 photos...
Salam buat semua...

Khas untuk yang sukakan motorbike...Akak suka gambarnya yang terang dan jelas......cantik sungguh....laaayaaaaannnnnnnn.









Bila cakap pasal motor ni, teringat akak masa zaman sekolah rendah. Membonceng motor bersama sedara bau2 bacang. Memang penakut habis. Punya lah takut..akak peluk pinggang dia sekuat-kuat hati akak. Sampai aje di rumah..muka akak kalau ditoreh sure tak berdarahhh. Turun motor tu rasa nak pitam...pusing satu macam...sampai sekarang ni memang takut naik motor....Dengar cerita sedara akak tu sampai tak boleh nak bernafas akak peluk dia....kesiannn.Hihi hi hi hi hi.





Kalau disuruh membonceng motor camggini..bayangkan macamana ye!









Friday, 27-Mar-2009 06:42 Email | Share | | Bookmark
APAM YOGURT ALOE VERA DAN TEH HIJAU

 
 
 
View all 5 photos...
Salam buat semua.

Minggu ni cukup padat dengan aktiviti-aktiviti. Dari pagi sampai petang~non stop. Penat sangat. Tapi satu perangai akak ni, kalau dah rasa nak cuba buat eksperiment try test tu...dalam penat-penat pun boleh bangun lagi buat....eisyh eisyh teruk betulll. Tapi kepuasan hati bila tengok masakan kita tu siap, itu yang menyeronokkan dan membahagiakan sekali........penat hilang woooo..... Kebetulan ada beli yogurt aloe vera + teh hijau, teruja tengok dan nak rasa......akak beli dan rasa 1 cup sama anak. Rupanya sedap yogurt niiii. Jadi................terus lah akak try test...Jom lah laayyyyaaaaannnnn. Layan mata aje lah ye! nak layan rasa tuuuuuu......boleh buat....senang dan ringkas aje.



Quote:
APAM YOGURT ALOE VERA DAN TEH HIJAU
Bahan-bahan:

1 cup LITE YO ALOE VERA DAN TEH HIJAU~nutrigen
2 biji telur
1 cawan gula
1 sdt ovellete
1/2 cawan susu segar/ bancuhan susu tepung~2 sudu penuh susu tepung+air 1/2 cawan
2 cawan tepung selfrising
1 sdb esen vanilla
pewarna yang disukai

Cara:
1. Didihkan kukusan
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovellete hingga kembang dan putih
3. Masukkan yogurt dan dipukul rata
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaub balikkan
5. Bahagikan 2 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai
6. Sudukan ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.
Kalau nak lebih rasa yogurt, tambahkan yogurt 1 cup, boleh ditambah tepung atau dikurangkan susu segar. selamat mencuba. IA PANTAS DAN SEDAP.






NAK TAU APE AKTIVITI HARIAN AKAK JOM KE TERATAK AKAK~http://jie2melaka.blogspot.com~teratak akak ni sebenarnya dah lama cuma tak berkesempatan untuk menulis.


Wednesday, 25-Mar-2009 10:21 Email | Share | | Bookmark
ADE MENU BARU

 
 
 
View all 4 photos...
Salam buat semua

Lap top akak dah 1 minggu diambil. Gambar2 dulu ade yang boleh diselamatkan dan ade yang hilang terus. Begitu jugak dengan dokumen2 penting akak. Dulu bila berlaku kebakaran di bilik akak tu, akak ada back up dalam lap top niii....ade lah rasa lega tapi bila lap top ni dah 'blackout', terasa sangat kehilangannya. Bahan-bahan presentation terutama untuk pengurusan dan pentadbiran akak habis gitu aje. Sebab lepas kebakaran tu akak tak back up kembali ke dalam CD. Ade jugak akak back up dalam pen drive tapi anak-anak akak ambik pen drive tu tanpa pengetahuan akak, tup tup tengok pen drive tu dah tak boleh dibukak lagi.....rosak lah tuuuuuu. Dah tak ade rezeki nak wat macamana....terima aje lahhh, lain kali kenalah beringat...
INGAT SEBELUM KENA, BERJIMAT SEBELUM HABIS, REHAT SEBELUM DIREHATKAN, CEGAH SEBELUM KENA, BERUBAT SEBELUM PARAH....ADE LAGI TAK??? BOLEH SAMBUNG???

Jadi dalam klik2 gambar tu, ade lah menu yang lama disimpan. Ade jugak yang ulangan. Menu yang baru tuuuu.....cup cake kurma kuaci. Boleh tahan jugak rasa dia. Kalau bab campur mencampur, karut mengarut ni bagi lah kat akak. Akak memang suka buat eksperimen acu try test cuba benda baru. kalau kita tak cuba acu try test macam gini, tak akan dapatlah Ilmu dari Allah yang Maha Kaya tuuu...sebab dok asyik ikut resepi yang sama. Bila lari sikit dari resepi yang asal, dah takut2 nak makan. Mula lah ade suara2 macam gini...' eh tak mabuk ke?' ' tak beranilah' ' i tak pandai makan' dan macam-macam lagi lahhhhh...tapi kita jangan lupa asal usul menu masakan yang dibuat oleh datuk nenek moyang kita tu adalah hasil dari eksperimen mereka jugak contohnya menu masak asam pedas melaka, gulai darat/gulai nasi berlauk, siapa yang mula-mula memperkenalkannya itu pun kita tak tahu kan?i Mana dia orang tahu bawang ke, cili ke, lada hitam ke, kulit kayu manis ke, boleh dibuat masakan, kalau bukan dari acu try test cuba yang mereka buat? betul kan? Penolakan kepada benda baru ni di mana salah dan silapnya pun tidak diketahui. Tapi bila dah masakan tu menjadi kegemaran turun temurun berani pulak memasaknya. Jom sama dengan akak acu try test cuba buat eksperimen dalam masakan. Jom layaaannn........



APAM BLUEBERRY? RASBERRY? WHAT EVER~MENU ULANGAN JUST TUKARKAN INTINYA SAJA DARI APAM STRAWBERRY.


CUP CAKE KURMA KUACI.

Bahan-bahan

250gm mentega
2 cawan gula perang
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu cair
4 biji telur
1/4 cawan kurma yang telah dilecek
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen vanila
biji kuaci( labu ) yang telah dipanggang secukupnya.

Cara:
1. Pukul mentega dengan gula perang hingga kembang,
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Sambil dipukul masukkan susu cair sedikit demi sedikit
4. Masukkan esen vanilla dan kurma yang dilecek, dipukul sebati
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaub balikkan
6. Isi ke dalam acuan kertas, taburkan dengan kuaci di atasnya dan bakar.
7. Kalau adunan cair, tambah sedikit tepung.
Bila makan, tergigit kuaci yang rangup tuuu, syioookk jugak.



KARI TULANG~FAV KELUARGA~resepi sama dengan kari daging akak. Tulang diganti daging.


DAGING BAKAR SPECIAL~ INI PUN FAV. KELUARGA

Biasa bakar daging ni akak perapkan dengan jintan manis, jintan putih dan sedikit garam. Tapi kali ini akak campurkan dengan 1 bahan yang lain iaitu paprika. Gaulkan semua, perap dan bakar.


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net