Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Oct-2011 03:27 Email | Share | Bookmark
SANDWISH MAYONIS EGG.

 
 
 
 
 
 
Salam semua

Sekarang ni akak cuba untuk berjimat cermat. So rajin sikit lah membawa bekal ke sekolah. Memandangkan makanan di kantin tidak sesuai dengan selera dan kesihatan akak, jadi hari-hari lah bawak bekal.

kali ni akak cuba try test buat scrambled egg dengan mencampurkan mayonis ke dalam bancuhan telur. Kemudian dimasak dengan sedikit minyak lebih kurang 1 sudu makan minyak. Dihancurkan dan dimasukkan serbuk lada hitam dan keju Mc D. Bila dah masak angkat dan diletakkan di atas roti sandwish.

Mulanya akak makan gitu ajer sandwish tu... Kemudian akak try cuba pulak makan bersama epal. Letakkan epal di atas scrambled egg dan di lapis dengan roti. Rasanya lagi sedap kerana epal menambahkan rasa manis pada sandwish. Last sekali akak cuba pulak letak lapisan ketiga iaitu daun saleri.... Nak tau rasanya... wauuu cukup puas hati.. Cubalah menu ringkas niiii, di samping senang menyediakannya ia juga cukup mengenyangkan.

Minuman akak - epal hijau dan saleri dijadikan jus tanpa gula.

Quote:
SANDWISH MAYONIS EGG
Bahan
4 biji telur
2 sudu besar mayonis
1 sachet keju Mc D
1 sudu teh lada hitam
sedikit garam
1 sudu besar minyak

Hiasan
Epal merah dihis bulat nipis
daun saleri.

Cara
1, telur bersama mayonis dan garam dicampurkan dan dipukul.
2. Masak telur dengan sedikit minyak. Bila hampir keras, hancur2kannya menjadi scrambled. Taburkan lada hitamdan keju Mc D. gaul rata
3. Hidangkan bersama roti bakar, epal merah dan daun saleri


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net