Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-May-2011 05:19 Email | Share | Bookmark
VADAI

 
 
Salam semua

Ini antara makanan yang akak suka. Kalau pegi pasar malam inilah antara yang akak beli selain rangka ayam goreng celup tepung. Suka kalau makan bersama cili hijau. Ahakss



Selalu kalau teragak nak makan buatan sendiri, maka 'riuhlah' dapur akak tu dengan bunyi blender. Apa tidaknya guna blend kering. Tengoklah vadai akak ni.....

nak resepi vadai akak? simple aje resepi akak...

Bahan Asas
kacang dal~direndam hingga kembang kemudian diblend separuh hancur
sedikit garam
beberapa biji cili hijau
minyak untuk menggoreng

bahan hiris/cincang

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
6 biji cili kering
2 tangkai daun kari



Cara

1. Gaulkan bahan hiris bersama kacang dal yang sudah diblend
2. Rasakan garamnya.
3. Ambil sedikit adunan, kepal2 dan bentukkan bulat leper di tapak tangan. Masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan. Goreng sehingga kekuningan
4.Enak dimakan bersama cili hijau


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net