Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Jun-2009 18:46 Email | Share | Bookmark
LIDAH LEMBU CICAH

 
Salam Buat Semua

Dalam minggu ni menu hidangan akak asyik daging aje. Dah makin tembam badan ni..bila timbang naik pulak 1 kg. Hu hu hu. Nak elak makan daging, hanya itu lauk yang ade. Ye tak iye masak aje lahhhh. Masak kari lah, goreng lah, bakarlah, masak asam lah..ehemm macam2 lah, sib baik anak2 tak komplen. Bukannya tak nak beli ikan ke ayam ke tapi rasanya kot membazir pulak. Waktu akak balik dari kelantan ari tu, akak singgah di gerai orang jual daging di Macang kalau akak tak silap lah..bila akak tanya penjual daging tu berapa 1 kg daging, dia cakap RM16. Wau murah betul..masih harga lama tu. Jadi akak belilah 3 kg dan 1 lidah lembu. Tu lah sebabnya asyik daging je jadi menu.

cerita fasal lidah lembu ni, ia memang faveret akak dan keluarga. Tapi ade orang tak suka kan? Akak lebih suka lidah lembu dibuat cicah. Tapi ade dulu hubby buat goreng. Sedap jugak. Tapi akak lebih prefer lidah lembu cicah. Jom layaaaannnnnnn.



Quote:
LIDAH LEMBU CICAH

Bahan:
1 ketul lidah lembu~dibersihkan
5 ulas bawang putih~dimayang
1 inci halia~dihiris
Air secukupnya
sedikit garam

Cara:
1. Di dalam periuk, satukan lidah lembu bersama bahan tadi. Masak sehingga lidah empuk.
2. Tambahkan air jika sekiranya lidah belum empuk. Bila sudah empuk, angkat dan kupas atau hiris kulit luarnya.
3. Hiris lidah nipis-nipis sehingga habis. Sudah bersedia untuk cicah.

Bahan Cicah
1 ulas bawang merah yang besar ( skrg ni ade bawang merah tapi besar )
4 ulas bawang putih
8 biji cili api, kalau nak pedas boleh tambah lagi
2 batang serai
2 biji limau nipis~ambil jusnya saja
sedikit air rebusan lidah
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara:
1. Bakar kesemua bawang sehingga layu.( bermakna kult bawang dah hitam ) bersihkan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api dan serai sehingga lumat
3. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan air rebusan lidah, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati.
4. Siap untuk dicicahhhhhhh...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net