Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-May-2009 11:06 Email | Share | Bookmark
KUIH KOSU DAN MASAKAN SIHIR

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Waktu balik dari kampung ari tu, selain dari bawak balik nasi tumpang, ade jugak akak bawa balik gulai ayam kampung, jeruk maman dan jeruk bawang putih. Baru pagi tadi akak buka dan makan. Gulai ayam kampug tu akak simpan dalam freezer, duk beku 1 minggu. Akak panaskan semula dan jadilah lauk untuk sarapan akak sekeluarga. Kitaorang sarapan dengan nasi. Jeruk maman pun masih ok sebab akak simpan dalam peti ais. Jeruk bawang putih memang tahan lama. Berbulan boleh simpan tanpa masukkan dalam peti ais. Jeruk bawang putih hanya akak yang makan. Dia orang ni bila jarang2 sekali makan, dah tak nak. Biasa macam tu. Tapi bila makanan tu dah dekat penghujung baru berebut nak makan. Sabau je lahhhhhhh. Lauk tambahan yang lain, ikan kering digoreng garing~ pun dibawa dari kelantan.....


JERUK MAMAN


JERUK BAWANG PUTIH


GULAI AYAM KAMPUNG

Mungkin adik2 tertanya-tanya kenapa akak letak tajuk masakan sihir. Takut jugak bunyinya tu. Dan mesti tak berani nak makan. Bukannya ape...biasanya kalau panaskan lauk yang dah siap dimasak dan disimpan lama, itu namanya sihir~sekelip mata dah siap tak perlu sediakan bahan2 pelbagai... satu lagi ialah bila menggunakan perencah yang dah siap.Cuma masukkan lauk.Macam akak buat ni...asam pedas daging. Kita panggil juga masakan menyamar bila lauk yang dikehendaki ditukarkan dengan yang lain. Tengok ape yang akak buat niiii.....


ASAM PEDAS DAGING
Sumber: kak jie jie

1 kg daging~dipotng kecil
1 paket kuah asam pedas ikan yang dah siap ( boleh didapati di pasaraya )
sedikit minyak
air secukupnya
1 keping asam keping

Cara:
1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis kuah asam pedas sehngga bangkit bau
2. Masukkan air secukupnya bersama asam keping. Biarkan mendidih
3. Masukkan daging dan didihkan sehingga daging empuk
4. Rasai garamnya, jika tawar masukkan garam secukupnya ( kuah yang ready made ni sedia ade garam) angkat.

Boleh tahan juga rasanya. Akceli ikan dah kehabisan stok, jadi akak gantikan dengan daging.....eksperimen lagi ni sebenarnyaaaaaa...

Cerita pasal kuih kosu ni, sebenarnya dah lama buat dan dah banyak kali membuatnya. Tapi dek kerana terlupa sukatannya jadi peram lah dulu.....petang tadi cuba2 buat sekali lagi. Ikut agak2 aje. okla nampaknya menjadi jugak. Kalau yang pertama akak guna tepung beras aje,jadi yang ini akak masukkan tepung jagung. Rasanya ok lah bagi akak.




KUIH KOSU

Bahan
A
1 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung jagung
1 cawan air
1 sudu besar esen vanila
secubit garam
pewarna ikut suka

B
2 cawan air mendidih
1 cawan gula. Kalau tak nak manis kurangkan gula

Topping
kelapa parut,seeloknya yang muda
sedikit garam

Cara:
1. Panaskan pengukus. Masukkan daun pandan ke dalam air pengukus
2. Satukan semua bahan A kecuali pewarna dan kacau biar sebati. Ketepikan
3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan B dan kacau sehingga gula hancur
4. Bahagikan kepada 3 bekas. Masukkan pewarna yang disukai bagi setiap bekas.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Kukus anggaran 15 minit atau sehingga kuih berlubang dan berkilat.
5. Biarkan sejuk baru keluarkan dari adunan. Letakkan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam di dalam lubangnya. Siap untuk dihidangkan



Akak ambik resepi ni dari mak mertua. Dia cuma cakap cara membuatnya tanpa memberi sukatan. Cuma dia mengatakan adunan tepung beras sekadar melekat nipis saja pada senduk. Kalau nampak tebal disenduk bermakna kuih akan keras. Kena masukkan air untuk nipiskan dia. Alhamdulillah bila pertama kali buat, menjadi pulakkkk.......Terima kasih Mek.



Adik2 tolong doakan agar Mek dan Mak akak sembuh dari penyakit yang diidapi mereka. Mek dimasukkan ke Hospital pada hari Khamis bersamaan 28 Mei 2009 kerana penyakit lelah dan batuk yang berterusan beberapa bulan yang lepas. Doktor mengesahkan paru-paru Mek berair dan Jantungnya sedikit bengkak. Untuk hari ini keadaan Mek stabil. Mak akak pulak masih seperti itu jugak~terbaring, tak boleh bercakap, lumpuh sebelah badan bahagian kiri. Makan masih lagi ikut tiub...

Akak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada adik2 yang telah mendoakan kesejahteraan mak di N3 yang lalu. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Didoakan semoga anda semua diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W. T. Amin


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net