Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-May-2009 12:58 Email | Share | Bookmark
MAK, KAU LAH RATU HATIKU

 
Salam buat semua

Sudah sekian lama akak tidak update fp mau pun blog akak. Sebenarnya akak tidak ade kesempatan untuk berbuat demikian. Ini kerana akak masih dalam kesedihan dan keriasuan. Sekarang fikiran akak bercelaru memikirkan antara kerja akak dengan apa yang dihadapi oleh mak. Sekarang ni akak mengalami masalah yang cukup sukar. Kerja perlu diteruskan sementara mak perlu diberi jagaan rapi. Mak sebenarnya mengalami Rt CVA,ASP PNEUMONIA, RENAL IMPAIRMENT. Mak sudah lumpuh separuh badan bahagian kiri, tidak boleh bercakap dan tidak sedarkan diri. Cuma sesekali dia membuka mata bila kita kejutkan dia untuk beberapa saat kemudian dia akan memejamkan mata dan tidur semula.


walaupun mak dalam keadaan tidak sedar tapi tangannya tetap memegang dan mengira tasbih sementara mulutnya kumat kamit seolah-olah membaca zikir harian yang sentiasa diamalkan.

First kejadian, mak jatuh sewaktu bangun nak basuh tangan selepas makan laksam yang kakak no 2 buat. Tangan kirinya menjadi kejang. kejadian tu berlaku pada hari khamis. Jumaat waktu cuti buruh mak dimasukkan ke hospital jeli dan tak sedarkan diri pada jam 4.00 pagi sabtu. Akak bergegas balik dan mak dibawa ke hospital Kota Bharu untuk di x ray. Kebetulan akak sampai jam 3.00 ptg, akak dapati mak ditolak masuk ke wad puteri. Setelah lebih kurang 4 hari mak di wad, mak boleh membuka mata. Nampak macam dia sedar kerana bila akak kenalkan dengan cucunya dan adik beradik yang lain, dia anggukkan kepala. Bila akak suruh dia angkatkan kaki, dia angkat kaki kanan. Tapi kaki kiri memang tak boleh angkat, waktu tu cuma boleh bengkokkan aje. Pada rabu 6.5.2009, mak sudah boleh bergurau dengan akak. Tangan kanannya menolak dagu akak, akak buat lawak sikit, melayan kerenahnya, dia gelak2 sehingga keluar suaranya. Akak cukup gembira sebab mak sudah sedar. Akak ambik gambar mak dan tunjukkan pada mak. Dia tunjuk kat skrin kamera bahagian hiudungnya yang ada tiub makanan mak. Kemudian dia sentuh hidungnya. akak cukup gembira kerana mak sudah ade perkembangan. Tapi akak rasa pelik bila ketawa mak melampau2 tidak semacam dia sihat dulu. Nak dengar dia ketawa berdekah2 memang sukar kerana dia berpegang prinsip tidak boleh ketawa kuat, ketawa kuat itu adalah ketawa syaitan. akak pun sering kena marah bila akak ketawa. Mak juga bergurau dengan nurse yang merawatnya.

Bila doktor lihat perkembangan mak semakin baik, doktor benarkan mak pulang. Hari khamis jam 9.30mlm, mak dibawa pulang. Mak seperti biasa dan akak cuba dudukkan mak, kali pertama mak duduk, dia agak goyang tapi bila kali kedua mak duduk, sudah tegak macam biasa. Mak dah boleh urut kaki kanannya yang lenguh. Kami sekeluarga cukup gembira. Tapi pada jumaat malam jam 9.30mlm, waktu tu akak nak pulang ke melaka, belum pun puas mencium mak, mak dah tak sedar kali kedua. Niat akak untuk balik melaka terpaksa dibatalkan. Besoknya mak dimasukkan ke hospital USM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. Akak pilih hospital tersebut sebab berdekatan dengan rumah akak.

Petang tadi, mak dah dibawa pulang ke rumah abang atas arahan doktor. Mak masih seperti biasa, tiada perubahan pada diri mak, mak masih lumpuh dan terbaring tidur tidak sedarkan diri. Mak, kaulah segala-galanya bagi diriku, kau ratu segala ratu, yang tak ade orang lain yang boleh menggantikan tempat mak. Saya sentiasa berdoa pada Ilahi, agar mak antara orang yang dikehendaki oleh Allah, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah dan semoga mak sentiasa dirahmati oleh Allah. Saya juga doakan mak agar mak dapat sembuh macam biasa. Dapat tinggal bersama saya di Melaka macam dulu. Kuatkan semangat mak agar mak cepat sembuh. Insya Allah.

AKAK MENGAMBIL KESEMPATAN DI SINI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU BAGI SEMUA YANG BERGELAR IBU DAN GURU. MOGA SETIAP PEKERJAAN YANG KITA LAKUKAN IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH. MOGA KITA SENTIASA BERADA DEKAT DENGAN ALLAH. AMIN

UNTUK RENUNGAN BERSAMA~ AKAK COPY DARI BULETIN YANG DIKRIMKAN OLEH SEORANG KAWAN. tq

Quote:
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku...... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut..... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang... aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku..... mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan ³Selamat Hari Ibu²

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net