Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Apr-2009 08:34 Email | Share | Bookmark
4 HARI 3 MALAM DI KAMPUNG HALAMAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Hari Isnin hingga Rabu iaitu pada 6 April - 8 April, akak menghadiri kursus. Jadi fp tak update, cuma akak masukkan sikit khasiat herba yang dah lama terperap. Jadi pada kak Rus yang bertanyakan nak buat macamana dengan bintang langit tu, biasanya masyarakat Cina merebusnya dan diminum air rebusannya. Untuk sukatan airnya tu, tak lah akak tahu. Cuma setakat itu aje yang boleh akak bagi tahuuu. Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah klik2 cari cara gunanya. Satu lagi akak tak berani nak bagitahu caranya kerana ditakuti ade kesan sampingan, susah nanti akak. Ape2 pun kena tanya pada yang arif - pakar yang mengkaji ubat2an herba.

Kali ni akak nak bawak kengkawan jalan-jalan dengan akak balik kampung akak di Kelantan. Pengalaman akak kali 1 drive kereta sampai Kelantan. Cukup seronok tak terkata. Kalau dulu biasanya kita dok sebelah, bengkak dan kebas kaki, sakit pinggang dan segala macam sakit, tapi bila drive sendiri amboi makkk, semua sakit tu tk adee...syiok habissss..rasa nak drive lagi balik kampung. Tengok nanti cuti bulan jun ni pulak..

Akak melalui lebuhraya KL-Ayer Keroh dan pintas ke jalan Cheras/Kuantan. Anak akak kat sebelah mula tembak niii.



Dia orang kata cukup unik paip gergasi ni. Tempatnya akak tak perasan pulak kat mana. Waktu sampai sini jalan memang jem. Jadi terpaksalah berhenjot3 ikut buntut kereta orang. Ikut punya ikut sampailah ke jalan persimpangan baru iaitu Duke. Entah macamana kereta yang dipandu sampai ke Kepong. Perasan bila ade trafik light-kena berenti 2 kaliii. Dalam kepala fikir kalau dulu pegi Genting Highland lalu jalan ni tak ade pulak trafik light nii....hi hi hi sib baik perasan tak lah sesat jauh. Patah balik terus nampak signboard Batu Cave. Terus belok ke Batu Cave. Adui ni akibat dah lama tak guna jalan niii.Cepat betul KL membangun...

Sampai Kelantan jam 8.00 mlm. Bertolak jam 8.30 pagi, kalau tak sesat mungkin sampai lebih awal. Singgah di Pasar malam ketereh. Bila sampai situ teringat pada Mamasya. Waku tu jam 6.30 petang. Sempat beli makanan dan sikit pakaian dan langsir. Boleh tahan murah jugak harganya.

Di Kelantan, dapat jenguk cucu sedara yang baru. Cute dan manja. Geram dibuatnya. Akak dukung dia, peluk dan cium sepuas-puasnya...Heem emeeeeemmmmm.



Dapat jumpa mak. Mak ada kat Kelantan bila balik Raya tahun lepas. Dia serik nak ikut balik Melaka sebab dah muntah-muntah masa perjalanan. Waktu tu bulan puasa. Tak mengapa lah mak. Ikut suka mak lahhh, asalkan mak senang hati dan bahagia di samping anak-anak. Saya tetap sayangkan mak walaupun kita berjauhan..nanti kalau tidak ade aral kita jumpa lagi cuti sekolah ni ye!



Waktu akak ade kat rumah lama akak, memang seronok sebab dapat jumpa dengan kakak kedua akak, anak2nya dan menantu barunya. Memang penuh rumah lama tu. Tapi macam biasa lah, sedih melihatkan rumah akak yang ditinggalkan tanpa penghuni. Habis semua anai-anai, dia menjadi maharaja kat rumah tuuu...Sib baik ada anak buahhh..masing-masing bergotong royong membersihkan rumah dan membuang dan membakar ape yang patut.


Pengantin baru ( T shirt purple ) pun ikut sama menebas ape yang patut








Kalau ade ubi kayu dibakar di dalam rimpunan api begini, makan panas-panas memang sedapp.


Tengok kesan anai-anai pada mesin jahit mak. Mesin jahit ni dibeli sewaktu akak sekolah rendah.

Sempat jugak akak pegi pasar Kota Bharu, membeli tudung, jubah, beg dan brooch untuk kegunaan akak dan anak-anak, kain pelikat dan keropok untuk dibawa pulang ke melaka untuk diberikan kepada teman pejabat Kak Long. Bila perut dah lapar, ape lagi pekena mihun sup di medan selera di Kota Bharu. Tapi kali ni tak puas hati berbanding makan mihun sup bila balik sebelumnya. Tapi keseronokan makan bersama anak-anak cukup membahagiakan.



Waktu di rumah lama jugak, sempat dia orang raikan hari jadi adik ( anak bungsu akak ) yang ke 11 tahun. Bukan main seronok dan senyum lebar adik menerima kek keladi, kek coklat dan cheese cake dari sedara2nya. Walaupun tak ditulis namanya namun nampak di wajahnya cukup gembira dan bahagia.



cheese cake simple


Kek keladi. Sapa ade resepi kek ni... kita share nak tak? Tapi akak rasa akak boleh buat kot niiii..

Sebelum pulang akak sempat ambik benih ubi ni. Dah lupa pulak ape namanya. kalau kecik2 nilah makanan akak bersama keluarga. Direbus dengan sedikit garam. Cukup manis rasanya tapi dia sedikit ber urat2.Maklumlah dulu mana ade banyak makanan seperti sekarang. Akak rasa kalau diambil ubi ni direbus bagi kat anak2 rasanya dia orang tak makan kot....




Ni isi dia...........

Sebelum meninggalkan ruma lama, akak sempat mengambil beberapa ikan guppy untuk dibawa pulang. Hi hi hi segala macam akak ambik. Bukannya ape kalau rindu kat kampung, tengok2 ikan, atau pokok uyang diambil dari kampung dan ditanam kat Melaka dapat jugak lepaskan rindu pada kampung. Tapi satu yang lucu, akak cuba masukkan tangan akak ke dalam air peliharaan ikan guppy, masing-masing datang meramai-ramai mematuk2 tangan akak. Hush ini boleh cari duit nii..Hi hi hi macam anak2 ikan tilapia yang dijadikan ikan terapi kat pasaraya tuuu. Se1/2 jam RM15.00. Lepas tu, anak2 dan anak buah pulak seronok celupkan tangan masing-masing ke dalam kolah peliharaan ikan guppy tu


Yang ni dalam kolah yang besar paras dada akak.


Dalam ni tak berapa banyak ikan guppy....Tu sebab ade yang main air...dah frust.

Tu lah citer akak balik kg ari tu, sambil buat urusan tanah pusaka, sempat menziarahi abang dan berjumpa dengan kakak dan mak. Cukup membahagiakan...susah untuk mendapatkan saat bahagia seperti ini lagi......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net