Want your
own Fotopage?








 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Dec-2008 08:42 Email | Share | Bookmark
GULAI SIPUT...SEDAAAPNYAA.....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Akak nak sambung lagi pasal akak balik kampung ari tu. Belum habis lagi ni...masih panjang lagi. Tapi tak le menarik sangat punnn. Saja nak jadikan kenangan buat anak-anak...Dia orang bukan main seronok lagi bila cuti kali ini. Dia orang cakap inilah percutian yang paling best buat dia orang. Bukannya ape dia orang dapat banyak pengalaman bila balik kampung kali ini.

Satunya dapat melihat lintahhhh..Menjerit2 si yang bongsu bila lintah hinggap di kakinya.


Keduanya dapat menangguk anak-anak ikannn...dan boleh kenal nama2 ikan yang dia orang tangguk. Siap dimasukkan ke dalam botol untuk buat tengok2. Last sekali semua ikan tu mati. Pernah dengar dan kenal tak dengan ikan sepila, anak bunga, ikan seluang, ade satu ikan tu..muncungnya panjang macam ikan todak, jadi kita orang panggil ikan todak, ikan sepat kedah dah biasa dengar. tu lah yang dia orang dapat tanggukkk. Tapi sayang cuma anak2 ikan aje. Kalau yang besar tentu dah dapat buat gulai.

Ketiganya yang paling dia suka dan cukup menarik bila dia orang diberi peluang untuk 'menitik' siput sawah. Akak tukang ambik gambar dia orang aje. Lepas tu baru akak ambik turn masak siput2 tuu. Dia orang masing2 tunjuk jari2 dia orang yang luka akibat 'titik' siput.


menitik siput di tempat tinggal abang no 2.


Beranda atas sungai~tempat tinggal abang


Siput yang sudah dititik. Belum disiram

Bukan main seronok dia orang bila melihat akak masak di dapur kayu.







Sudah masak dia orang makan puas2 gulai siput.Maklumlah nak cari kat melaka memang tak akan jumpa siput sawah ni. Kita orang makan sama dengan jeruk maman dan ikan sungai goreng. ala kadar aje tapi cukup seronokkkkkk.


Jeruk maman


Ikan sungai tangkapan abang. dia sendiri yang siang dan taruk garam.


Abang seronok dapat 3 ekor keli masuk bubunya.

Untuk masak siput ni, caranya sama dengan masak gulai ikan nasi berlauk~gulai kunyit lengkuas ( lihat link sebelah ), cuma ditambah dengan daun kadok. Itu resepi asas. Untuk sedapkan lagi bolehlah ditambah dengan ubi keledek tak kira lah kalor ape ( akak guna keledek ungu ) atau ubi badak.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net