Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Dec-2008 11:56 Email | Share | Bookmark
BALIK KAMPUNG 2-SATAR PANTAI SABAK

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua



RENUNGAN

Quote:
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Kita sambung cerita balik kampung lagi ok!

Akak bertolak dari Kuantan pukul 10 pagi. Kira-kira jam 4.00 ptg akak selamat sampai rumah MIL. Duduk kejap aje di rumah MIL, selesai aje solat Asar, kami sekeluarga bertolak ke Kota Bharu untuk membeli tiket hubby yang akan bertolak ke KL lepas maghrib. Alhamdulillah tiket masih ade. Sementara menunggu bas jam 8 malam, kami ke hospital Kota Bharu untuk menziarahi bapa saudara yang mengalami sakit batu karang.



Kami bergegas ke Jalan Hamzah untuk menghantar hubby yang akan menaiki bas ke KL. Selepas itu akak bersama anak2 singgah sebentar di The Mall KB untuk membeli sedikit keperluan dapur seperti bawang, minyak masak, lauk pauk dan bahan2 gorengan. Maklumlah rumah akak di Bachok tidak ade orang yang menghuninya. Ade sekali sekala abang datang untuk menjenguk rumah tersebut. Kadang2 anak buah akak balik di hujung minggu. Jadi keperluan dapur memang kosong.

Akak sampai rumah akak jam 10 malam. Kakak akak di Gua Musang sudah ada di rumah. Jadi bila sampai tak lah gelap rumah tuuu.

Waktu pagi Isnin akak buat sarapan untuk anak2 ala kadar aje. Sekadar mihun goreng papret dengan air teh panas. Ok lah tuuu. Mihun goreng ni sebenarnya tak cukup perencah, terlupa nak beli cili kering. Tapi bila makan, wow!!!!! memang sedap. Tak sangka pulakkkk...Resepinya senang ajeee...Bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili hidup, semuanya dihiris. Akak masukkan ayam dan udang, sayur sawi. Yang bestnya akak masukkan perencah nasi goreng papret maggi dan kiub ikan bilis maggi. Goreng seperti biasa. Memang sedappp. Sampaikan kakak akak lepas tu beli perencah ni untuk bawa balik ke Gua Musang.



Pagi jam 9.00 kami ke Pejabat Tanah Jajahan Bachok untuk Bicara tanah pusaka Arwah Ayah. Alhamdlillah dapat selesai dengan cepat.



Petangnya akak fikir nak masak ape untuk minum petang. Jadi akak pun mula lah buat eksperimen. Kebetulan akak beli butter, tepung naik sendiri, tepung coklat untuk swiss roll dan beberapa bahan untuk buat kek. Akak nak bakar tak ade oven jadi akak kukus aje. Akak tak kisah ape nak jadi. Asalkan dia boleh dibuat minum petang. Bekas kek pun tak ade. Jadi akak gunakan periuk kecil sebagai acuan. 1 jam akak kukus. Bila bukak........inilah dia..nak panggil ape entahhhh..kek kukus??? Apam??? ape2 aje lahhh....tapi not bad...lembut sangattt. Separuh akak bagi pada jiran sebelahhh.



Besoknya abang sulong akak jemput untuk makan tengahari di rumahnya di Pengkalan Chepa. Seronok bila makan ramai-ramai. Akak dapat tahu dari SIL di pantai Sabak ade jual satar. Ape lagi petang itu terus ke pantai sabak untuk mencari satar. Sebenarnya waktu di Kuantan nak terasa untuk makan satar tapi tak jumpa gerai yang menjual satar di perjalanan balik ari tu. Jadi inilah kesempatan akak untuk merasa satar. Melintas jambatan untuk ke pantai sabak, akak sudah nampak asap berkepul ke udara menandakan ade orang yang membakar satar.



Akak dapati gerai tu bukan hanya menjual satar, tapi otak2 pun ade dijual di situ. 1 cucuk yang mempunyai 3 bungkus satar berharga RM 1 sahaja sementara otak2 pulak 3 bungkus RM 1. Akak beli sikit dulu sebagai percubaan untuk rasa.




Anak2 nak tengok pantai, tapi sayang semua pantai sudah dibuat benteng tinggi bagi mengelakkan ombak dari menghanyutkan rumah2 yang berdekatan. Tapi kesian jugak akak lihat dia orang kat situ, bila ditambak dengan benteng, sungai yang sedia ade sudah terhalang dengan pembinaan benteng tersebut. Tambahan di muara sungai telah ditimbusi dengan longgokkan sampahsarap - dijadikan tempat pembuangan sampah sarap. Sebahagian rumah di situ telah ditenggelami air sungai yang melimpah.Kesian betul akak tengok....

Anak2 akak main2 sebentar di tepi pantai yang tinggal sikit aje di hujung benteng, sambil2 makan satar dan otak2. Rupa2nya satar pantai sabak tak sama dengan satar dikuantan yang akak beli dulu, Kalau nak dibandingkan dari segi rasa, akak pilih satar Kuantan. Memang sedap. Satar Pantai Sabak selain ikan, dia orang masukkan jugak sayur kangkung.



Kalau nak dikira seimbang rasanya satar pantai sabak lah yang seimbang sebab ade sayur. Bukan tak sedap, sedap jugak tapi lebih sedap satar Kuantan. Nak tau bila balik akak beli lagi satar dan otak2 tu.....itu tanda tak cukup la tuuuuu.


SATAR PANTAI SABAK
ok tu aje..nanti sambung lagiiii......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net