Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Nov-2008 09:26 Email | Share | Bookmark
SERONOK BETUUUULLLLLL, UPSR KAKAK, MASAKAN HUBBY

 
 
 
 
 
 
 


Salam buat semua...

Cukup seronok bila dibagi tau dapat award. Bila baca komen dari Ma Diha suh ambik award kat rumah diaa terus klik masuk rumah Ma Diha. Ambik terus tanpa bagi salam kat tuannya...bila dah kelek award baru bagi salammmm. Terima kasih banyak2 ya Na dan kepada tuan empunya cipta award niii. Tapi kan sebenarnya segan jugak nak ambiknyaaa, sebab akak ni bukannya rajin update fp niiii..kalau kata tak rajin masakkk, kira tipulah sebab kalau kita tak masak, anak2 tu sapa nak bagi makan kalau tidak kita yang masak...Cuma masak yang sempoi2 ajeeee.Time ade kelapangan baru update fp.....
So award ni akak nak bagi kepada
1. orang yang betul2 rajin masak
2. Sifu memasak dannnn
3. Yang suka mencuba resepi2 masakan iaitu..............

1. Rin Chan
2. Mak Lang Azie
3. Ummi Aisyah
4. Cek de sam
5. Fazizaid
6. Srsfeqah

dan sekali lagi akak dapat tag dari Rinzura pasal breast cancer......Thanks rinzura. Insya Allah mudah2an kita tak lupa pasal penyakit yang merbahaya ni..dia pembunuh secara senyapppp... hati-hatilahh



Kakak rasa paling seronok hari ni sehinggakan menitiskan air mata kerana keseronokan yang tak terhingga....tadi akak hadir ke sekolah anak akak yang ke 5 untuk sama2 menerima result UPSRnya..lama jugak menunggu di kantin sehingga sempatlah melihat anak2 makan di waktu rehattt.


Murid-murid makan di kantin secara santaiii



Sekolah 'kakak' dapat meningkatkan prestasinya berbanding tahun lepas. Pelajar yang mendapat 5A tahun lepas adalah seramai 18 orang sementara pada tahun ini 27 orang. Semua peratus kelulusan setiap subjek meningkat kecuali subjek matematik menurun

Anak akak mendapat 5A. Itu yang seronok , yang happy sangat tuuu. Sebenarnya ini adalah hasil dari daya usaha dan kegigihan beliau dalam mengulangkaji pelajaran, punya keyakinan yang tinggi sehinggakan tak jemu2 memohon doa kepada Allah dengan mengerjakan solat hajat dan membaca Yasinnn. Ibu cukup bangga dengan kegigihan yang akak tunjukkan. Inilah hadiah yang paling mahal yang akak bagi kepada ibu dan seluruh keluarga. Ibu doakan kakak sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat kejayaan yang cemerlang di masa-masa akan datang.

Akak juga ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kawan2 Fp yang mendoakan kejayaan anak akak tuu. Segala budi baik, akak serahkan kepada Allah, semoga anda sentiasa diberkati olehNya.Dan kepada kawan2 akak yang mengucapkan tahniah, terima kasih banyak-banyak semoga anda mendapat kebahagian dan keseronokan seperti mana akak alami ini. Amin

Akak juga seronok bila sekali sekala dapat goyang kaki tapi masakan siap terhidang. hubby akak yang suka masakkk...syioknyaaaa...cuma tunggu cedok nasi, cedok lauk dan masuk mulut ajee. He he he he...kredit untuk hubby yang tersayang.... YANG WALAU PUN MASAKANMU SEMPOI TAPI SAYA CUKUP MENGHARGAINYA. Terima kasih daun kurma, kalau boleh buat sokmo sokmo...


Kobis tumis udang


Sup Tulang


Lidah Lembu Goreng

Bagi pengunjung akak, sekali lagi akak nak ingatkan jangan lupa angkut ' love' akak tu di entry bawah dan tepek kat dinding 'rumah' masing-masing...LOVE U ALL.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net