Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Nov-2008 13:15 Email | Share | Bookmark
TEPUNG BOKO UBI KAYU

 
 
Salam buat semua.

Sewaktu akak ke pasar malam ari tu, terpandang ubi kayu yang dijual di situ. Dah lama betul nak makan tepung boko ubi kayu. Ubi kayu yang ditanam tak nak pulak berisi. Puncanya akak tanam terlalu cetek. Jadi tak dapat nak rasa ubinya. Jadi bila dah terpandang ubi yang dijual akak beli dua ketul. Sekarang ni ubi kayu pun mahal. Dua ketul yang sederhana besar pun dah capai harga 5 ringgit. Dulu tak laku ubi sebesar itu. Tapi dek kerana dah teringin sangat nak makan, beli jugaklah.

Akak buat 1 ketul aje. Sebab yang ade di rumah sekarang ni 3 beranak aje. Buat banyak nanti, membazir pulak. Itu pun ade lebih. 1 tupperware akak bawak ke tempat kerja akak. Bagi dia orang rasa sikit2. Dia orang kat melaka ni belum pernah rasa tepung boko ni. dia cakap sedapppp. Tak sedap ape dapat rasa 1 sudu sorang aje. . Ade pulak kawan dari terengganu suruh akak buat banyak2 dan jual pada dia orang. Hu hu hu hu hu....ade niat untuk niaga tuuu...tapi sempatkah akuuuu........... Boko akak ni akak masak guna microwave. Biasa dia orang kukus. Tapi akak senang guna microwave ni. Ringkas dan cepat.... Resepinya cukup mudah. Tapi akak tak sukat. Agak2 aje ye! Jom layaaann...



Quote:
TEPUNG BOKO UBI KAYU

Bahan
1 ketul ubi kayu~dikisar dan ditoskan.Boleh jugak diparut dan perah airnya( anggaran 2 cawan )
1 cawan gula pasir
Sedikit garam
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara:
1. Masukkan ubi yang telah ditoskan airnya,gula, air daun pandan dan pewarna hijau ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan adunan ke dalam microwave dan tekan 10 minit.
3. Siap untuk dihidangkan bersama kuah santan.

Kuah santan/kepala santan
Bahan
1 biji kelapa~perah ambik santan pekat
3 sudu tepung beras
sedikit garam
Daun pandan disimpulkan

Cara:
1. Satukan santan dan tepung beras dalam periuk. Masukkan daun pandan
2. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sehingga santan pekat.
3. Angkat dan curahkan ke atas kuih ubi tadi.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net