Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Nov-2008 15:59 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT BLUEBERRY VERSI KAK JIE JIE

 
Salam buat semua

Seperti yang akak janjikan, ni dia resepi kek coklat blueberry akak tuuu~ala2 secret recipe. Ha ha ha ha. Tak lah gurau aje.




Quote:


KEK COKLAT BLUEBERRY VERSI KAK JIE JIE

Bahan
250gm butter
4 biji telur
2 cawan gula aising
1 sudu besar ovelett
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu tepung ( 4 sudu besar susu tepung)

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan 4 persegi yang telah disapu dengan mentega. Bakar dan sejukkan

Topping
Krim putar
Bunga
hirisan badam~dipanggang
manik2 gula

Layer
Krim putar
blueberry filling

Cara Untuk layer

1. Pukulkan sedikit krim putar. Sekejap aje. Mungkin satu putaran. Kalau lama putar, krim putar akan jadi keras.
2. Gaulkan bersama dengan blueberry filling. Ketepikan
3. Kek coklat yang dah sejuk, dipotong tengah.Ketepikan bahagian atas
4. Sapukan blueberry filling tadi setebal 1 inci atau lebih
5. Tutupkan filling dengan bahagian atas kek coklat tadi.

Untuk deco/topping
1. Pukul krim putar biar lama sikit, agar krim putar nanti menjadi keras.
2. Sapukan krim putar keseluruhan kek
3. Tekapkan hirisan badam di sekeliling kek.
4. Hias kek dengan bunga atau ape saja deco. Tabur sedikit manik2 gula agar timbul serinya.
5. Sudah selesai sejukkan di dalam peti sejuk.
nota:
Apa yang akak buat, dah siap deco akak masukkan terus ke dalam kotak dan sejukkan



Fillingnya seakan2 ais krim. Sedap. Tu sebab kawan akak cakap, kek ais krim.



Kalau ade perkataan 'bahasa' kek yang silap tu tolong betulkan ye! sebab akak ni tak pernah hadir kelas kek niii. Sorry kalau tak betullll. Tengah risau ni sebab dah ade kawan order pada 13hb ni kot tak menjadi macam yang ni . Hu hu hu hu


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net