Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Nov-2008 12:56 Email | Share | Bookmark
POTLUCK RAYA DAN KEK COKLAT BLUEBERRY

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Potluck???Periuk bertuah?? ape tu?? Itulah soalan pertama yang bermain di kepala bila ade orang cakap pasal potluck niii. Punya la jakun akak waktu tuuuu. Itu kisah lama duluuuu. Sekarang ni sebut pasal potluck ni dah lali. Time ni pulak lah kita rasa geli hati bila kita sebut perkataan ni pada mereka2 yang tak pernah tahu dan dengar. Nampak muka mereka blur satu macammm. Hi hi hi bukannya ape dok teringat time kita mula2 diperkenalkan dengan perkataan ini~periuk bertuah??? hu hu hu hu.

Tempat kerja akak selalu jugaklah buat potluck ni. Ada baiknya diadakan potluck ni, di samping untuk mengeratkan ikatan persahabatan di antara staf, kita dapat jugak merasai makanan rakan2 yang dimasak sendiri dari rumah.Tapi ade jugak yang order makanan dari luar. Ok jugaklahhh.... dapat jugak merasai makanan dari dia orang kalau tidak, tak kan dapat rasa belanja dia orang ni, bukan sebab mereka tak nak belanja tapi sebab masa yang tak mengizinkan.Sama lah dengan akak ni puuuuun. Tak berkesempatan untuk belanja dia oranggg. ALASANNNNN. Hi hi hi hi hi

Akak tak sempat ambik banyak gambar. Potluck dibawah kelolaan akak niii akak dah tentukan menunya sesuai dengan tema Hari Raya. Ada ketupat, nasi kerabu,mee kari,mee bandung,roti jala, kuihmuih dan yang menjadi kemestian ialah kek harijadi. Kerana setiap potluck kita akan sambut hari jadi kawan2 yang jatuh pada bulan itu dan berikutnya. Potluck akak ni kira yang terakhir. Jadi rakan2 yang sambut hari jadi bulan 10,11 dan 12 diraikan dengan pemberian sedikit cenderamata dan potong kek ramai-ramai. Akak sebagai pengelola dipertanggungjawapkan untuk menyediakan kek hari jadi tak kiralah kek order ke atau kek buat sendiri. Jadi akak cuba godak2 buat sendiri kek tuuu.Risau jugak kot tak menjadi dan digelakkan oleh rakan2, jadi untuk "cover" kek hari jadi akak tu, akak beli kek yang lain, disponsor oleh rakan kongsi potluck. Tapi bila dibuka kotaknya, dia orang semua cakap kek dari secret resepi ke? Tak sangka pulak bila dia orang makan, dia orang kata sedap. Kek aiskerim ke? Entahlah ape nama kek tu pun tak tahu. First time buat. Dah ade yang order. Nak sebijik macam kek ni. Rasa risau jugak nanti kot tak menjadi. Hi hi hi hi. Jom tengokkkk....


ketupat, sambal kelapa dan sambal tumis


Nasi kerabu.


Roti jala


Puteri Ayu Kak Ani


air laici




kek beli


kek coklat blueberry akak


Resepinya nanti di entry akan datang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net