Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Oct-2008 01:23 Email | Share | Bookmark
OPEN HOUSES

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Syawal Buat semua.

Walau dah sampai penghujung, namun masih ramai lagi yang membuat open house. Tahun ni cuma 3 aje open house yang akak hadir sebab yang lain2 open house tak berkenaan dengan akak. Hi hi hi hi. Rakan sekerja akak ni memang setiap tahun bukak rumahnya untuk raya, kalau tak dibuat, tak tahan telinga dengar pertanyaan dari kawan2 bila nak buat open house? dan tak larat nak bagi jawapannn. Tapi sebenarnya bukan itu sebabnyaaa, yang paling penting mahukan ikatan persahabatan dan jalinan silaturrahim antara saudara islam seluruhnya dan keseronokan menyambut hari lebaran.Kalau tak penat2 badan tak ade pulak feelingnya. Kesemua open house kawan akak ni hasil dari air tangan dia orang. Memang lantak habislah...hilang segala diet, tak makan tak dapatlah merasa masakan kawan2. Ye tak ye pulun habis lahhh. Tapi sebenarnya bila dah lama diet ni, makan sikit aje dah penuh perut ni. Akak cuma dapat makan seketul ketupat+sikit rendang+pastanya sikit+som som.
Open house akak? Biasanya tiap2 tahun akak akan buat di tempat kerja. Share dengan kawan2. Tahun ni pot luck bahagian akak kena pulak hari raya, so kira sekali harung lah sambut raya dengan pot luck. Nanti akak masukkan entry pot luck tu.

Open house di rumah Aida. Tq Daa.. Sedap hidangan Aida. Seronok dapat layanan dari hubby Aida tuuu. A very sporting man. Buat2 selalu jamuan macam gini yerk, dapatlah kami makan free selalu


Ketupat


Rendang Ayam


Sambal tumis


Rendang


western food pulakk


Pasta berkupang


Som Som


Som Som untuk akak


ni yang akak makan


Bertudung merah tu lah Aida~tuan rumah


Ni pun tukang masak handal jugakk...bila la nak rasa open housenyaaa ni..

Open house Pn Rahani. Tahniah Kak Ani sebab dapat pi Mekah tahun niii. Itu pun dapat tahu last minit. Syukur. Saya ni entah bilalah nak dapat tuuu. Tahun depan nampaknya kena buat rayuannn. Harap-harap dapatttt. Nanti kenduri haji saya pi lagi rumah Kak Ani, Akak masak memang sedap, sampai saya makan tak berenti2 tambah lagi rendang cili api ayam pencen tu. Sedap sungguh. Akak bekalkan untuk anak2 saya ari tu, saya makan lagiii, tak puas2. Saya memang suka ayam pencen ni. Kalau dibuat kari pun sedapp. Nanti kenduri Haji ni bolehlah dibuat lagiiii. ( memang muka tak malu )




Sayur lodeh

Rendang Cili Api Ayam Pencen


Sambal Tumis


Rendang Daging


Kuah kacang


Nasi himpit


Biskut raya masih banyak lagii walaupun dah penghujung raya


Pencuci mulut~apam kukus


Ni la dia tuan rumah ~ kak Ani dan anaknya Farah.

Masih banyak lagi yang tak sempat ambik gambarrr. Macam lemang, dadih dan apam gula melaka. Sorry ar Kak Anii... Untuk entry akan datang, akak nak tunjuk hobi kak Ani ni pulakkkk.

Akak rasa ni antara entry yang paling panjang. Bukannya ape akak dah kena penyakit M, nak edit, huuuuhhhh makan masa lamaaaa, jadi akak bagi gambar yang mentah2 gini aje lahh. Tu pun akak rasa tak puas hati sebab kamera akak tuuuuuuu. Hu hu hu hu hu. Satu lagi akak masukkan semua gambar ni, senang nanti nak buat rujukan untuk akak sendiri atau kawan2 mana lah tahu kot tak ade idea nak buat jamuannn, boleh lah ambik idea dari siniiiiii.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net