Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Oct-2008 14:03 Email | Share | Bookmark
BERIANI AYAM SIMPLE

 
 
 
Salam Syawal Buat Semua

Akhir-akhir ini akak terlalu sibuk. Maklumlah bila dah penghujung tahun. Perancangan untuk tahun depan mesti disediakan. Prestasi pekerja mesti dinilai dan macam-macam perkara yang perlu diselesaikan. Bila balik saja mesti dah lepak terus. Mengantuk sangat, mungkin terlalu letih. Bila mengantuk nak bukak internet rasa malas. Puncanya bila clik streamyx susah untuk connect. Semalaman tak dapat connect. Tu yang malas, baik tak payah bukak. Senang cerita.

Sepanjang syawal ni ade jugak open house kawan2. Gambarnya nanti2 la. Akak masukkan sekali harung sebab tak banyak open house punnn.

Kali ni akak nak tunjuk masakan orang malas macam akak niii. Akak dah lama teringin nak makan nasi beriyani yang ade ayam dalam nasi tuuuuuu.Jadi tinjau2lah bahan . Adelah bahan2 mana yang patut. Jadi akak mulakan proses membuat hidangan ala2 nasi beriyani.
Akak ngamkan dengan ayam beriani simple. Meh tengok bahan2 yang ade dalam menu akak kali ini. Bagi yang tak ade bahan tu bolehlah ikut jejak akak nii Nampak aje macam tu, tapi sedap sampai licinnn, habis semuanya. Tak sangka pulak anak2 suka. Mungkin dia tak rasa muak sebabbbb jom tengok resepinyaaaaa, TAPI SORRY LAH SEBAB AKAK LUPA NAK SUKATTT



BERIANI AYAM SIMPLE

Beras biasa~ ni sebab beras basmathi dah kehabisan
1 tin susu cair
air secukupnya bergantung kepada beras
1/2 tin tomato puree
1 paket gajus
secubit garam
Sedikit minyak jagung Daisy untuk menumis
Beberapa ketul ayam~dibersihkan
1/4 Rempah beriani
1 labu bawang besar~dihiris
1/2 inci halia~dimayang

Bahan Tumis
1 batang kayu manis
2 kuntum pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar~dihiris
5 ulas bawang putih~dihiris
2 Inci Halia~dihiris
3/4 rempah beriani

Cara:
1. Basuh beras dan toskan
2. Panaskan rice cooker, tuang sedikit minyak jagung Daisy, tumis bahan tumis sehingga wangi dan sedikit garing
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar
4. Masukkan susu cair dan tomato puree. Kacau rata.
5. Masukkan air secukupnya. Kalau ikut petua orang tua, 1 ruas jari dah cukupp. Masukkan garam dan gajus. Kacau rata.
6. Masukkan ayam (yang telah dimasak terlebih dulu dengan rempah beriani, bawang besar, halia, sedikit air dan sedikit susu. Dimasak hingga kuah pekat~tujuannya supaya ayam mesra dengan rempah beriani, bila kita makan tak lah rasa tawar aje ayam tuuu.) Dikaub balikkkan.
7. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak
8. Bila nak menghidang keluarkan ayam terlebih dulu.
9. Boleh ditabur dengan bawang goreng sebagai hiasan. Tapi anak akak tak suka. Dia suka kosong aje gituu.


AYAM BERIANI SIMPLE ( AYAM MASAK MERAH KAK JIE JIE )

Beberapa ketul ayam
sos tomato
sos cili
sos cili bawang putih
sos cili thai
sos tiram masam manis
sedikit garam
1 keping asam gelugur
Sedikit gula
1 sudu besar stok ayam
Sedikit air

Bahan Kisar
10 biji cili kering~direndam terlebih dulu dengan air panas
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar


Cara:
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing
2. Masukkan kesemua sos, stok ayam dan garam
3. Masukkan ayam. Gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Masukkan sedikit air, asam keping dan gula.Gaul biar mesra
5. Biarkan ayam masak dan kuah menjadi pekat.
6. Angkat dan hidangkan.



Tengok nama hidangan tuuuu, diterbalikkan saje. Harap kawan2 tak peninggggg


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net