Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Oct-2008 07:23 Email | Share | Bookmark
ACIK AMBIK PMR

 
 
 
 
 
Salam Syawal buat semua

Dua orang anak akak pada tahun ni ambik peperiksaan. Satu dah lepas iaitu kakak~sedang tunggu result UPSR. Seorang lagi abangnya~acik sedang berperang dengan PMR. Entah ape senjata yang digunakan. Harap2 senjata yang lebih canggih setanding dengan senjata Amerika, tak pun Rusia. Akak cukup berharap agar acik mendapat kejayaan yang cemerlang dalam PMRnya begitu jugak untuk kakak. Awal2 pagi Isnin 13/10 akak dah antar sms buat adik2 dan kawan2 cyber Fp yang mana akak ade no telnya lah. Akak mohon agar sama-sama berdoa untuk kejayaan acik. Pada Kak Liza akak ucapkan terima kasih atas doa tersebut, begitu juga kepada semua adik2, kakak2 dan kawan2 yang mendoakan kejayaan acik.


Sama2 membaca yasin dan solat hajat untuk kejayaan cemerlang

Semua sms yang dibalas, akak bagi pada acik untuk membacanya, agar memberi beliau lebih bersemangat dan konfiden dalam menghadapi kertas peperiksaan. Akak pegi ke sek acik pada hari pertama peperiksaan tu. Ramai jugak ibu bapa yang hadir untuk beri sokongan moral pada anak-anak mereka. Pegawai dari JAIM Ust Rahaya jugak turut memberi kata semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar calon PMR itu. Nampak betul, muka2 mereka yang begitu konfiden akan membawa kejayaan selepas ini. Akak nampak acik pun sama.


Ust Rahaya sedang meniupkan semangat kepada calon PMR

Sebenarnya akak rasa ibu yang lebih berdebar-debar berbanding dengan anak-anak. Risaunya ya Allah sukar untuk diucapkan. Ini masa mula nak periksa, nanti 1 kali lagi berdebar bila nak tengok result. Hishh. Cuma itulah harapan dari akak agar acik tenang menjawap soalan dan dapat memberi jawapan yang tepat. Ibu doakan buat acik, agar acik dapat ape yang acik cita-citakan iaitu 9A. Insya Allahhh.


Wajah anak2 di hari kedua peperiksaan.

Atas permintaan mamafami, akak tunjukkan swiss roll akak. First time buat. Boleh tahan jugak. Cuma gambarnya tak memuaskan hati akak. Camera dah senget. Terima kasih bebanyak pada mam kerana bagi resepi swiss roll yang cukup senang untuk membuatnya.




Quote:
SWISS ROLL LEMON

Bahan-bahan :

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor ~ akak guna gula ising
1/2 sudu teh baking powder
1/2sudu teh pes lemon~akak guna air limau sunkist
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
pewarna kuning
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :

- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, pes lemon, pewarna kuning, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net