Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Oct-2008 22:30 Email | Share | Bookmark
CERITA MENJELANG RAYA DAN RAYA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Syawal buat semua.

HAH, RUPANYA DIA KELUAR JUGAK AKHIRNYA. MLM TD SAMPAI 1 PAGI AKAK UPDATE TAK DAPAT2. TAK KELUAR PUN, ASYIK PENDING AJE....INI KELUAR PULAK DIA. MEMANG DAH BETUL2 MENGONG KOT INTERNET DAN FP NI. SEBENARNYA INI KALI KEDUA AKAK BUKAK NI. TD PUN MASIH PENDING. NI YANG RASA MALAS NAK UPDATE FP NI. TAPI MENGENANGKAN KEAKRABAN ADIK2 CYBER, KENALAH AKAK BERBAIK JUGAK DENGAN FP NI. BETUL KAN?

NI APE YANG AKAK DAH TULIS MALAM TADI.

Sejak dua menjak ni akak agak penat sikit. Bila dah penat rasanya tak ada keinginan untuk update Fp ni. Maaf lah kalau adik2 masuk fp akak ni, dok tengok gambar dan cerita yang sama.

Ramai adik2 dan kawan2 nanya dan nak dengar cerita pasal raya yang lalu. Tulah akak dah bagitau sebelum ni, kamera ade tapi baterinya kong pulak. Kamera pun dah blur sikit gambarnya disebabkan masuk air ari tu. Tu yang frust sangat tu. Tapi tak jangan risau, akak boleh tunjukkan beberapa gambar yang akak ambil ari raya tu.....


Bila balik kg, Gunung Stong ni lah selalu menjadi perhatian.

Sebenarnya tak adelah meriah sangat hari raya akak. Cukup simple dan sederhana. Akak bertolak balik ke Kelantan pada hari Ahad jam 9.00 pg.Perjalanan memang cantik. Terus aje tanpa ade jem. Rasa seronok sikit balik raya tahun ni berbanding tahun lepas. Akak balik ikut Gua Musang terus ke Jeli~rumah kakak akak di situ. Berbuka di sana dan mak terus menginap di rumah kakak sementara akak dan family terus balik ke Cabang 4 Tok Mek Ngah. Sampai sana dah pukul 10.30 malam.


Ayer terjun Gunung Stong, Kuala Balah

Adik2 ipar sudah ade di rumah waktu tu. Jadi riuh rendah rumah Mek ( mak mertua ) waktu tu. Time sahur, bentang tikar, duduk ramai-ramai makan sahur. Time makan ramai2 ni lah yang paling seronok. Susah untuk mendapatkan suasana begini, kalau tidak ade musim cuti atau perayaan yang sebegini. Sorry tak ade gambar yang diambil untuk dibuat kenangan......

Hari Isnin, akak ke pasar MBMB Kota Bharu dan kedai-kedai baju di sekeliling bandar Kota Bharu tu. Akak ingin membeli baju raya untuk mek sebab baju yang akak beli tak kena saiz mek. Akak berempat ke sana. Akak, kak long( anak sulong akak ),kakak, adik dan anak buah yang sama baya dengan adik. Kesian pada adik dan sepupunya tu, sampai lenguh kaki mengikut akak mencari baju raya untuk mek. Mereka disuruh duduk di satu bangku di dalam pasar MBMB sementara akak,kak long dan kakak mencari baju raya yang dah siap untuk mek......Rasanya di Kota Bharu ni sukar untuk mencari baju yang telah siap dijahit berbanding dengan Melaka. Mereka lebih gemar beli kain ela untuk dibuat baju memandangkan upahnya lebih murah, siap dengan sulam lagiii......

Pusing punya pusing akak terlintas di kedai Aked Mara di KB tu........Dapatlah baju 1 pasang untuk mek. Nak beli banyak kot tak muat lagi sebab saiz yang dicari tidak ade. Penjual tu kata baju tu memang dibuat besar berbanding dengan saiz.......

Pas tu terus ke Pengkalan Chepa~ Rumah abang. Singgah sekejap untuk solat zohor dan asar. Berborak kejap dengan abang dan kakak serta anak2 sedara yang baru jugak balik, akak terus balik ke kg halaman akak di Beris Kubur Besar untuk menziarahi abang yang satu lagi. Dah jumpa abang kedua, siap bagi gulai ketam yang dibekalkan oleh kakak ipar, akak terus ke rumah pusaka yang lama tak dihuni....Sedih betul bila lihat rumah yang dikelilingi oleh rumput liar. Nak masuk dalam tak ade kunci rumah....Rasanya bila lihat rumah tu, dah tak nak balik ke Melaka dahhhh. Rasa nak duduk je kat situ, tak nak pegi mana2.....Pegi ke belakang rumah, pokok limau sedang berbuah lebat. Akak jolok jugak beberapa biji buahnya. Tapi sayang buahnya tak boleh dimakan...Akak sempat jugak mengutip beberapa biji buah kandis untuk dibuat asam kepingggg. Sekarang ni asam keping kandis dah boleh digunakannnnn.

Sekejap saja di rumah akak tu, akak terus ke kedai beris ( PaRam) untuk membeli gulai Itik Serati. Ade sepupu di situ yang menjual gulai itik tu setiap hari tak kira bulan ape pun. Tapi sayang gulai serati dah habis, tinggal batang lehernya saja. Akak beli jugak. Sebenarnya akak, hubby dan family gemar itik serati ni. Masa berbuka puasa di rumah akak di jeli tu dah dihidangkan gulai itik serati khas untuk adiknya ni sebab kakak tahu adik hantu serati dan sedikit diberikan kepada masjid, tapi rasa tak puas, itu sebab masih mencari lagi. Tak puas hati beli kat situ, keliling cari di PaRam yang berhampiran, tapi semua dah habisss. Frust jugak. Tak ape balik cuti sekolah nanti, akan ku pulun habis2.

Sampai rumah mek dah azan maghrib. Apa lagi terus mengadaplahhhhh. Hi hihi hi baik punya menantuuuuu. Hidangan utama mek masak lemak keladi dengan udang, atas permintaan anak2 dan menantuuu. Bagi cadangan tapi kita yang lesapppp. Hi hihi. Menu yang lain seperti kerabu saghe, gulai ketam kiriman kakak ipar, sup ayam, budu dan ulam2 yang dicelur, daging goreng, gulai serati dan kuih-kuih. Ade lagi menu dah lupaaaaa.

Hari selasa, hubby bersama adik ipar pegi mengambil kambing yang ditempah. Hubby nak makan kambing tanda kesyukuran. Jadi ari tu, akak seharian berada di rumah mek, tolong mek bungkus ketupat palas dan mengopek bawang dan menyediakan bahan2 untuk menggulai kambing... Petang jam 6.00 menolong mak sedara menghidang nasi kerabu bersama daging bakar dan ayam percik untuk jamuan berbuka puasa dan sedikit tahlil arwah. Jadi itulah hidangan berbuka petang tu....ramai2 berbuka dengan nasi kerabu, riuh rendah di dapur bila sedara mara berkumpul sekali sekala sampaikan akak yang diet ni menambah~nambah laukkkk......( bukan nasi ) maklum dah jadi orang dapur. ... Biasa kat sini bila hari akhir, kita orang berbuka ala kadar saja. Sebab besok dah boleh makan siang.


Paha kambing bakar

Malam persiapan untuk menggulai kambing. Dua paha dah dibooking adik ipar. adik nak makan paha kambing bakar. Kebetulan dah ade tempat pembakar tu, dia orang bakar ayam sekali... ala2 BBQ kot sambil2 nengok gulai kambing yang dimasak. Rencah peraman ayam akak masak pekat dan akak lumurkan kepada ayam bakar tuuuu. Cukup menyelerakannn. Tidur agak lewat jugak waktu ituuu.


Ayam bakarrrr...............

Pagi raya, selepas solat subuh mek dah jemput orang2 surau untuk sarapan di rumah. Menu sarapan tu, nasi putih, gulai kambing, sambal belacan, ikan kering dan acar timun. Cukup simple. Selepas tu terus buat persiapan untuk solat sunat hari raya. Kami sekeluarga ramai~ramai ke masjid untuk solat sunat raya berjemaah.


Gulai kambing baru dijerang

Selepas itu balik ke rumah dan melayan tetamu yang datang. tetamu yang datang tak putus-putus sehinggalah pukul 12 tgh. Waktu nilah kita orang ambik peluang menziarahi beramai-ramai rumah mak sedara yang bungsu.Waktu kami sampai dah ade 2 keluarga di situ. Kalau dicampur dengan kami dah 5 keluarga. Selang bebrapa minit berlalu, datang pula 2 keluarga. Makin gamat dan riuh rendah la bila 1 keluarga yang lama tak berjumpa berkumpul. Nenek tua nampak seronok bila anak2, cucu dan cicit datang ziarah dan menghulurkan duit raya sebagai tanda ingatan.

Pagi raya kedua, masih melayan tetamu yang datang. Keluarga sebelah mek memang ramai. Kalau setakat raya 2, 3 hari memang tak lekang dari menerima tetamu yang jauh dan dekat. Hubby dan adik ipar pegi menziarahi kubur arwah ayah, sementara akak melayan tetamu dan membuat persiapan untuk balik ke Beris. Beraya kat sana pulak. Rumah yang ditinggalkan dah ade penghuni. Kakak di Gua Musang dan Jeli bersama mak balik untuk beraya dan majlis merisik. Akak sampai di Beris jam 12.00 tgh. Majlis berlangsung jam 2.00 ptg. Jadi akak bersama adik beradik, mak dan anak2 ambik kesempatan menziarah pusara 'cik' (ayah) dan sedara mara....Balik solat zohor dan terus bertolak ke rumah bakal besan kakak Gua Musang

Kami dihidangkan dengan jamuan tengahari. Menunya ayam masak merah, Daging masak dalca, ikan kering, solok lada dan buah tembikai. Sesudah makan barulah runding bicara bermula. Upacara merisik disudahi dengan menyarung cincin pada bakal menantuuu.


Menyarung cincin bakal menantu. Masih belajar lagi nii..


Bakal anak sedara...

Waktu balik kami dibekalkan dengan siy'ar ( bekas berisi makanan~satu set hidangan jamuan td ) dengan kek coklat. Selesai kami balik sebentar ke Beriss...


Kek balas. Cantik tapi bancuhan dalamnya tak rataaaa, masih ade warna putih..Rasa ok...


cantik deconyer..........

Malamnya kami dapat kunjungan dari anak sedara yang bekerja di Serawak. Berborak sakan dengan bertanya kabar dan makan minum. Dah lewat malam baru dia orang pulang. Sebelum tidur, sempat kemaskan pakaian untuk dibawa pulang pagi besok.

Raya ke 3, jam 11.00pg akak mula bertolak pulang Melaka. Singgah di Jeli sekejap untuk makan tengahari~bekalan dari mek dan masakan kakak Jeli. Selesai solat kami bertolak dan sampai di KL jam 8.00mlm. singgah di rumah sewa hubby, solat maghrib dan isyak, minum2 sikit terus pulang ke Melaka. Sampai di rumah jam 12.00 tgh malam.

Raya ke 4, kemas2 rumah dan menerima tetamu cilik, kawan2 adik dan kakak. Sehingga raya ke 13 ni, masih ramai kawan2 adik dan kakak datang beraya. Dia orang makan 2, 3 keping biskut, minum air yang kakak buat, kalau kawannya yang datang, kalau kawan adik yang datang adik pulak buat air. Akak cuma standby duit rayaaaa. Ade jugak tetamu cilik dari kalangan India. Bila ditanya dapat banyak duit raya? diaorang cakap ade lahhhh.Dia orang pun tumpang kumpul duit raya.


Kawan kakak datang beraya, sampai tertidur adiknya tuuuu...


Salah seorang kawan adik


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net