Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Oct-2008 10:27 Email | Share | Bookmark
UDANG DAN PUASA ENAM SYAWAL

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Syawal buat semua.

Ramadhan sudah berlalu pergi. Syawal sudah 7 hari berlalu. Keseronokan menyambut raya masih hangat dirasakan. Sana sini rumah terbuka. Tapi jangan pulak kita lupa untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dan berpuasa sunat Enam Syawal. Moga ibadah kita akan dapat keberkatan dan diterima oleh Allah S.W.T. Amin. Cuba kita lihat ape kelebihan berpuasa di bulan Syawal:-

Quote:
Sumber dari:http://adlizakaria.blogspot.com/2007/10/puasa-enam-syawal.html

Hadith Nabi SAW:
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim).

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh Abdullah al-Bassam: Barang siapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali ganda sepertinya.

Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari), yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam, jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafie. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w.

Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal.




Raya balik kampung ari tu, terlupa bawa charger bateri kamera. Jadi tak dapatlah nak rakamkan peristiwa beraya di kg. Frust jugak. Adalah 2, 3 keping gambar diambil waktu merisik anak saudara. Kalau ade masa nanti akak uploadkan.

Kali ni akak nak tunjuk masakan akak berasaskan udang. Udang memang kegemaran keluarga akak terutama hubby dan anak yang sulung. Walaupun tahu dia banyak kolesterol tapi hentam aje laaa, sakit belakang kira sakit tanggung sendiri.

Satu percubaan akak buat, goreng udang celup tepung bersama serbuk roti. Kebetulan ade lebihan serbuk roti, nak simpan rasanya sikit, jadi akak masukkan sekali dalam bancuhan tepung untuk goreng udang. Akak goreng udang sampai garing. Kemudian akak goreng keropok dan diletakkan sekeliling udang goreng tu. Akak sediakan sos, campuran sos cili dan sos tomato, campur sikit air, sikit gula ( sos biar manis sikit ). Dimasak biar mesra. Akak tuangkan ke atas udang gorengan tu. Anak2 memang laju makan. Memang sedap sebab akak goreng sikit aje, yang sikit memang sedap.


UDANG SERBUK ROTI BERSOS BERSAMA KEROPOK



BERSAMA SOS


SUDAH DISIRAM SOS

Yang ini nasi goreng bersambal udang. Ade lebihan sambal udang, akak gorengkan nasi, tambahan perencahnya ayam dan udang hidup. Memang terangkat. Tambah pulak ditaruk hirisan cili api. Goreng nasi biar kering dan garing.


NASI GORENG BERSAMBAL UDANG

Yang akhir pulak ni, jarang dapat makan masakan udang bercampur dengan 'ubi badak nasi' ni. Ubi ni manis isinya. Memang sedap kalau dibuat gulai bersama udang. Ubi ni akak tanam dah lama, dah berapa kali kena potong dek pemesin rumput. Sampaikan dah lupa isi ubi ni warna merah ke atau warna putih. Kalau yang merah memang tak berapa sedap, biasanya yang ini dibuat kuih "koleh" tapi yang warna putih memang sedap, disamping isinya padu, rasanya yang manis tu cukup memikat siapa yang memakannya. Kebetulan akak ternampak isinya, akak ambik buat gulai. Sib jugak isi putih. Memang sedaplahhhhh, hilanglah kerinduan akak untuk merasai gulai udang bersama ubi badak nasi ni. Mak akak pun suka, walaupun dia tak boleh makan udang kerana alegik, tapi dia dapat jugak makan ubi, lepaslah 'kempunan' dia, sebab waktu muda dulu dialah yang memperkenalkan gulai udang ni kepada akak dan adik beradik yang lain. Resepi gulai udang ade di link sebelah.


UBI BADAK NASI. UBI KEKEK? ENTAHLAH


GULAI UDANG BERSAMA UBI BADAK NASI



TINGGALKAN SIKIT UNTUK DIBUAT BENIH


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net