Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Sep-2008 02:30 Email | Share | Bookmark
NIK BAK DAN BISKUT RAYA

 
 
 
nikbak kering
 
 
 
 
 
 
Salam Ramadhan buat semua

Akak ambik kesempatan di sini mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil fitri yang bakal tiba tak lama lagi. Nampaknya akak tak dapat nak bersama dengan kengkawan semua sebab akak kena berkursus di KL sehingga jumaat. Lepas tu bertolak pulak ke Kg halaman di Kelantan. Jadi kesempatan di sini akak menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kiranya ada terkasar bahasa dan bual bicara sepanjang tempoh persahabatan kita. moga Aidil fitri kali ini kita sambut dengan kebahagiaan di samping keluarga dan sahabat handai semua. Amin.

Sebelum tata, akak nak tunjuk satu masakan yang memang menjadi igauan dan impian akak di bulan puasa. Al hamdulillah akak dapat jugak menjamahmya bila kakak dari kelantan mengirimnya baru ni. Rasa kawan2 yang dari kelantan kenal dengan kuih ni iaitu NIK BAK. Entah dari mana asal namanya, akak pun tak pasti, bunyi mcm dari thailand, mungkin jugak kot salah satu kuih dari Thailand. Jom jamu mata.

Quote:

NIK BAK

Bahan
nik bak kering
gula perang
daun pandan
air secukupnya

cara:
1. rebus air bersama gula perang dan daun pandan
2. Bila mendidih masukkan nik bak kering.
3. Biarkan sehingga nik bak kembang. angkat.


Akak jugak nak tunjuk biskut raya yang akak buat. Tapi tak lah secantik kengkawan buat. Maklumlah kalau tahun2 sebelumnya asyik tunjuk aje. Sekarang tergerak hati nak buat sendiri. Jom tengok biskut raya akak. Biskut ni nanti akan diangkut ke Kelantannn. Ingat nak buat sikit lagi biskut raya tapi dah kena pegi kursus tak semapat lah nampaknya. Bahan2 masih banyak lagi. Mungkin lepas raya kot akak proses semula untuk jamuan hari raya di tempat kerja.


Biskut coklat kastard.


cornflakes~akak campurkan kacang tanah dan buah2an campuran

Quote:

Biskut Halia Popi Jie Jie

Bahan
350gm butter
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
20 gm biji popi
10 gm serbuk halia
1 1/2 cawan gula ising
2 biji putih telur
1 sudu teh perasa pineapple

Cara:
1. Pukul butter bersama gula ising hingga kembang
2. Masukkan putih telur, pukul
3. Satukan semua tepung, biji popi dan serbuk halia. Masukkan ke dalam adunan telur. Sebatikan dan uli menjadi doh
4. Terap menggunakan acuan bunga dan hias dengan manik bentuk love atau ikut cita rasa sendiri
5. Bakar selama 15 minit dengan suhu 150 c. Sebelum tu panaskan ketuhar selama 15 minit dengan suhu 150 c.
6. Sudah masak, sejukkan di atas redai.



Tat Nenas.~sorry tak sempat nak letak resepi.


Biskut Kacang


Biskut Kelapa Rangup


Biskut Mama Caries~resepi ambik dari fp mamafami. Tq mama.

Quote:
BISKUT MAMA CARRIES

Bahan-bahan :

250 g mentega
350 g tepung
100 g gula ising
150 g tepung jagung
1 sudu kecil vanilla essence

Topping :

125 g gula ising
1/2 putih telur
1/2 sudu besar tepung jagung
Emulco coklat

Kaedah penyediaan :

1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Tambahkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung secukupnya. Uli hingga mendapat doh yang lembut.
3. Canaikan setebal 1/2 cm dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
4. Sapukan topping di atas biskut yang telah diterap. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan hujung jari untu meratakan topping tersebut.
5. Dengan menggunakan pencungkil gigi, celupkan ke dalam emulco coklat dan lorekkan di atas topping tadi.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 C selamat 17 - 20 minit.
7. Untuk menyediakan topping : Campurkan semua bahan dan kacau rata hingga mendapat pes yang pekat.





KAD RAYA DARI ZIRA'S FOTOPAGES. TERIMA KASIH


KAD RAYA DARI FEQAH. TQ


KAD RAYA DARI JEFF. TQ


Ini kad dari akak. Akak bagi kepada semua pengunjung Fp akak. Sila tempek kat fp masing-masing. Maaf zahir dan batin. Terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net