Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Sep-2008 04:12 Email | Share | Bookmark
AYAM HALIA MADU DAN AYAM PANGGANG JINTAN

 
 
 
Salam Ramadhan buat semua.

Hanya 8 hari saja lagi untuk kita beramal mendapatkan kurniaan dari yang maha Agung iaitu kebaikan dari malam Lailatul Qadar. Di malam-malam terakhir ini, perbanyakkan amal dan doa moga kita sentiasa mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya. Amin.

Masakan akak kali ini tak ade lah istimewa sangat. Macam biasa simple dimple aje. Satu ialah ayam halia madu dan kedua ayam panggang jintan.

Quote:

AYAM HALIA MADU
Bahan-bahan
4 ketul potongan ayam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit gula
Sedikit air

Bahan hiris
1 labu besar bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah

Cara:
1. Tumis bahan hiris hingga sedikit garing
2. Masukkan ayam, gaul rata.
3. Masukkan sedikit air, gaul
4. Masukkan sos tiram, garam, gula dan madu. Kacau hingga sebati
5. Biarkan hingga kering dan kacau sehingga ayam bersalut dengan madu. Angkat.



Quote:

AYAM PANGGANG JINTAN

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Bahan kisar
2 inci halia
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
3 batang serai

Cara:
1. Satukan bahan kisar bersama garam, gula, jintan manis dan jintan putih.
2. Perap ayam bersama bancuhan bahan kisar selama 1 jam
3. Masak dalam kuali sehingga ayam separuh masak.Balik2an.
3. Panggang di dalam oven selama 40 minit.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net