Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Sep-2008 14:56 Email | Share | Bookmark
SUP WANTAN, MENU JUADAH PUASAKU DAN MALAM LAILATUL QADAR

 
 
 
 
 
Salam Ramadhan buat semua

Quote:
PENAMAAN MALAM AL-QADR ~Petikan dari sini

Para ulama mempunyai beberapa pendapat tentang penamaan malam Al-Qadr ini, antaranya ialah:

1. Dinamakan malam Al-Qadr atas makna ianya adalah malam perlaksanaan dan hukuman. Dalam kitab Al-Qurtubi, Mujahid telah berkata :” Di dalam ayat kedua surah Al-Qadr, Lailatul Qadr maknanya malam penilaian, dinamakan sedemikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala akan menilai segala yang dikehendaki-Nya dari urusan-Nya kepada seumpamanya hingga tahun yang akan datang iaitu urusan maut, ajal, rezeki dan sebagainya ".

2. Ada juga yang menyatakan bahawa ianya adalah malam pentadbiran/ pengaturan. Dari Ibnu Abbas radhiallahuanhuma meriwayatkan: " Sesungguhnya pada malam Al-Qadr Allah Azza Wajalla akan menilai apa yang terjadi pada setiap tahun, dan Dia akan menyerahkannya kepada pengatur-pengatur segala urusan dan mereka ialah empat malaikat iaitu; Israfil, Mikail, ‘Izrail dan Jibril Alaihimussalam. Mereka ini akan menguruskan urusan pemanjangan(مط ), rezeki, penghidupan dan hal mematikan ". Makna ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ad-Dukhaan, ayat 4 dan 5. dan ta’lil inilah yang dipilih oleh semua ulama.

3. Mujahid bin Jabir telah berkata; ” Malam Al-Qadr ialah malam hukuman/ketentuan ”. Dan seorang lelaki telah berkata pada Hassan Al-Basri; ” Adakah engkau melihat/ berjumpa malam Al-Qadr pada setiap bulan Ramadhan?”. Beliau menjawab; ” Ya, demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya malam Al-Qadr benar-benar ada pada setiap bulan Ramadhan dan sungguh ianya adalah malam kemuliaan yang didalamnya di jelaskan setiap perkara dengan hikmah, didalamnya Allah melaksanakan segala urusan ajal, amal dan rezeki dan seumpamanya ”. Begitulah juga yang dikatakan oleh Sa’eid bin Jabir rahimahullah.

4. Pendapat lain mengatakan makna malam Al-Qadr itu ialah malam kemuliaan dan keagungan. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Qadr, ayat 3 dimana dalam ayat ini ada pemuliaan dan pengagungan untuknya (malam Al-Qadr). Pemuliaan ini samada kembali kepada orang-orang yang melakukan kebaikan pada malam itu dimana sesungguhnya sesiapa yang berbuat taat pada malam itu akan menjadi seorang yang mulia dan terhormat, ataupun ianya(kemuliaan) kembali kepada amalan yang baik kerana berbuat taat pada malam tersebut lebih banyak pahalanya dan lebih mudah dikabulkan.

5. Dikatakan juga ianya dinamakan begitu kerana Allah Ta’ala telah menurunkan pada malam itu satu kitab yang mempunyai kehormatan, keatas seorang utusan/rasul yang mempunyai darjat/kehormatan, dan dikhususkan pula untuk ummat yang berkemampuan, atau sesungguhnya Al-Quran keseluruhannya telah di turunkan ke langit pada malam Al-Qadr dalam bulan Ramadhan. Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah,ayat 185. Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad pula mengulas bahawa ketika Allah berfirman dalam surah Al-Qadr, kita mendapati bahawa Allah Ta'ala telah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, kemudian ia di turunkan pula pada malam Al-Qadr secara lebih khusus, dan penurunan ini bermula dari Lauh Mahfuz hingga ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.

KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM AL-QADR

Kelebihannya terdapat dalam dua hadith sohih dan selain keduanya, telah diriwayatkan dari Abi Hurairah radhiallahuanhu, dari Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda; “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu ” , dalam riwayat Al-Imam An-Nasaie telah menambah: “ Dan dosanya yang akan datang ”.

HIKMAH MALAM AL-QADR DI RAHSIAKAN

Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Al-Qadr ini, dan Rasulullah salallahualaihi wasalam telah menjelaskan bahawa waktu yang di jangka akan berlakunya malam Al-Qadr adalah antara 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan. Justeru itu, hikmah daripada perahsiaan malam Al-Qadr ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malam bulan Ramadhan dan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam. Selain itu,antara hikmah ianya dirahsiakan ialah sebagai satu cara dari cara-cara untuk memupuk rasa asyik dan suka dalam beribadah serta menjaganya dengan baik.Oleh yang demikian akan bertambahlah kesungguhan dalam beribadah. Hikmah penyembunyian malam Al-Qadr ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat, nama-nama Allah yang Maha Agung, dan rahsia Allah dalam ciptaan-Nya, redho Allah bagi hamba-hamba-Nya yang taat dan murka-Nya bagi siapa yang berbuat maksiat kepada-Nya.



Seperti yang dinyatakan dalam n3 yang lepas, akak memang cukup simple menyediakan juadah puasa. Paling simple beli aje ayamas, goreng, beli karipap sardin segera, goreng dan hidang. Janji anak akak dua beradik tu suka. sebenarnya dia orang yang minta semua tuu. Ibu apa lagi....hi hihihihi. Di samping dua juadah tu, akak goreng short noodles masam manis. air pulak pekena 100 plus aje ( sekali sekala ). di akhiri ais krim. Cukup simple kan?


Ayam segera dari AYAMAS


KARIPAP SARDIN SEGERA


SHORT NOODLES MASAM MANIS

Ini asalnya nak buat sup ayam. Bila dah masukkan ayam, teringat nak masukkan sayur yang memang ngam dengan sup ayam. akak masukkan sikit petola, karet dan taugeh. Ok jugak, anak cakap macam kuah soto pulak bu. Ni lah dia, cukup senang kalau tak ade hubby ni, makan ikut ape teragak nak makan.


SUP AYAM BERSAYUR

Yang ni pulak first time cuba buat sup wantan. Ambik idea dari rancangan masakan di TV. Tapi tak ikut resepinya. Rupanya memang sedap wantan ni dibuat sup cara gini. Anak akak boleh habiskan sampai 6 ketul. Memang mengenyangkan.

Quote:

SUP WANTAN.

Bahan-bahan
1 paket kulit wantan
kangkung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih ~ditumbuk hancur
Air untuk kuah
garam secukup rasa
Hirisan ayam
Stok udang ( air rebusan dari kepala dan kulit udang )
Stok ayam

Cara:
1. Tumis bawang putih hingga wangi
2. Masukkan air secukupnya, stok udang dan stok ayam.
3. Bila mendidih masukkan serbuk lada hitam, garam dan ayam.
4. Bila ayam masak, masukkan wantan yang telah diisi inti. Biarkan wantan lembut dan masak
5. Akhir sekali masukkan kangkung. Bila kangkung layu, angkat dan hidangkan.


Bahan Inti
Udang basah- dibuang kulit
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar bawang goreng

Cara:
1. Kisar semua bahan kecuali bawang goreng dan tepung jagung
2. Campurkan bawang goreng dan tepung jagung ke dalam adunan dan kacau sebati.
3. Masukkan inti ke dalam wantan, tutup dengan cara bunjutkan dia. Untuk melekatkn kulit wantan sapukan sedikit air pada wantan tersebut. Siap.



AKAK KURANG PUAS HATI PADA KUALITI GAMBAR2 TU SEMUA. SEBENARNYA KAMERA AKAK DAH TAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK. SEPARUH CLEAR, SEPARUH LAGI BLUR. DAH NAK WAT CAMANA DAH SAMPAI AJAL DIA KOT SEBAB PI HIRUP AIR AIR REFRESHENER. SIB BAIK BOLEH SHOT LAGI.

Ini tanda ingatan dari pak cik PI. Sorry arr lambat sangkut. Sebenarnya dah sangkut pada n3 lepas, tapi tengok2 tak ade...ape silapnya yerk. Rasanya tak terlembat lagi kalau saya sangkut sini. Terima kasih Pak cik.


SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL QURAN BUAT SEMUA KAWAN2 FP. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGHIDUPKAN MALAM LAILATUL QADAR.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net