Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Sep-2008 14:07 Email | Share | Bookmark
JUADAH BERBUKA PUASAKU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Ramadhan buat semua dan



Sebenarnya di bulan puasa kali ini akak masak simple aje. Maklumlah makan untuk 3 beranak aje. Masak pun ala kadar. Akak sekarang nak cuba diet sikit sebab badan dah tembammm dan dah ade sikit2 penyakit yang cuba menjenguk dan menghinggap. So daripada bertambah parah akak kena diet lah. Sekarang ni akak kurangkan pengambilan nasi. akak gantikan nasi dengan oat. Rasa ringan aje badannn. Lauk macam biasa lah akak makan jugak. Bila sahur akak cuma minum susu dan 2 sudu oat. Sekarang ni akak dah turunkan berat badan akak sebanyak 6 kg. Alhamdulillah tapi tak tau lah kot nanti bila hari raya, tak tahan dengan godaan berbagai2 juadah dan biskut hari raya. Akak target mudah2an akak capai tahap ideal 52kg. InsyaAllahhhh.

Ni lah juadah berbuka bulan puasa akak yang lepas2. Ade juga juadah yang tak sempat diambil gambar. Sebabnya masak jam 6.00 ptg. Siap masak dah waktu berbukaaaa.


kuih tunjuk


Masak Lemak Cili Api Ikan bersama Terung dan Timun


Sambal Goreng makan dengan ayam goreng atau ikan goreng. Ia penyelamat besar bila sahur. Kalau terlewat bangun, ade sambal ni senang untuk goreng nasi atau ape2 masakan ringkasa yang sesuai dengan sambal ni.


Kacang botor goreng bersama taugeh


Ikan Tumis Kelantan


Kacang Panjang Purple Goreng Udang


Daging Masak Lada Hitam Bersama Kangkung

Quote:
DAGING MASAK LADA HITAM BERSAMA KANGKUNG
Bahan-bahan
1 kg daging - dipotong besar dan dihiris nipis
1 ikat kangkung - dipotong
sos tiram pedas
sos tiram masam manis
kicap pekat
Sedikit serbuk secubit rasa maggi
minyak untuk menumis
garam secukup rasa - tak masukkan pun tak ape sebab dah masuk kicap
sedikit gula
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit air untuk melembutkan daging

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 ulas bawang putih

Cara:
1. Tumis bahan hiris hingga bangkit bau dan sikit garing
2. Masukkan daging, gaul bersama bahan tumis
3. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan daging.
4. Bila daging lembut, masukkan kicap, sos-sos tiram, secubit rasa maggi dan serbuk lada hitam. Gaul sebati
5. Biarkan kuah sikit pekat baru masukkan kangkung.
6. Bila kangkung layu, angkat dan hidangkan





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net