Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Sep-2008 04:54 Email | Share | Bookmark
SIPUT BABI, HADIAH DAN KAD UCAPAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Ramadhan buat semua.

Dah lama tak update. 1 kerana internet meragam ~ down bila klik new entry. 2. Jadi frust lahhh. 3. Anak ambik UPSR. 4. Ha baru ari ni leh update. Itu pun bukan masakan ye. sorry arr nanti tak lalu makan pulak bila dicampurkan sama dengan entry ni. Ramai yang geli geleman rasanya bila tengok dia ni dan ramai pulak merasa jijik dengannya. Jijik bukan kerana ape, rasa akaklah disebabkan 1. lendirnya dan dua nama di belakangnya tuuu. Memang sedia jijik bila dengar namanya ade apatah lagi bila lihat dengan mata kepala sendiri si dia tu.

Bila disebut siput memang boleh kecur liur dibuatnya. Masak lemak siput sawah dengan daun kadok, memang sedap. Ini masakan Kelantan. Kalau kat sini siput sedut dimasak lemak bersama batang keladi. Lagi terangkat kalau ade sambal belacan bersama ikan kering. Dah kecur liur dibuatnya niii. Nampaknya nak kena cari siput untuk masak berbuka niiii.

Tapi kalau siput ditaruk belakangnya dengan perkataan babi....dah jadi lain. Dari kecur liur dah jadi berair mulut sebab rasa jijik. Pasti kita akan meludah tak henti-henti. Tambahan bila kita dapat tahu ade orang yang makan siput babi. Katanya siput babi dibuat sup biar pedas-pedas, rasanya yang kenyal tu memang lazat. Hu hu hu hu, siapa berani cuba, cubalahhhh. Jangan tak percaya tapi kena percaya, di Maghribi, orang muslim makan siput babi ni. Harga semangkuk sup siput babi boleh cecah RM 4 lebih. Kalau nak tahu lebih lanjut klik di siniTapi dikatakan siput babi di Maghribi berbeza dengan siput babi di Malaysia.






Di sabah dalam rancangan Bersama Mu TV3, kerana kemiskinan mereka kutip siput babi buat santapan sendiri. Biasa kalau dulu-dulu siput babi dikutip diberi makan itikkkk. Jadi dalam soal ini akak ade terjumpa soal jawap berkaitan hukum memakan siput babi ni. Petikan dari website abuumair.
Quote:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.









Macamana pulak hukum menternak siput babi untuk di eksport ke luar negara seperti Peranchis dan sebagainya. Cuba lihat niii:

Quote:
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Haiwan
Tajuk :Pembiakan Siput Babi ( Achatina Fulica )

Keputusan
Perusahaan menternak siput babi untuk eksport ke luar negera sebagai bahan makanan adalah harus.

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke – 20
Tarikh Keputusan : 2 April 1998
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=85




Ini keterangan yang jelas berkenaan siput babi niiii dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_Babi

Quote:
Siput babi atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, adat dan berbentuk piramid dengan spira. Cengkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cengkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturna atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Disesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate.


Tentu kawan2 tertanya2 kenapa entry akak kali ni pasal siput babi? Kat rumah akak memang banyak siput babi ni. Mula tu buat2 tak tahu lah pasal binatang ni yang wujud tiba2. Tapi bila dah banyak, panjat sini panjat sana, habis dengan najisnya kat pagar akak, mula lah akak geram. Satu lagi yang tak boleh memaafkan binatang siput babi ni, bila pokok cili mak dekat 15 batang, tinggal batangnya aje. Mula tu heran jugak kenapa bila tanam ari ni, besok dah tinggal batang. Mak pun heran. Siapa yang jahat ni. Nak kata ade budak nakal, tak masuk akal sebab pasu cili mak dalam pagar, bukan diluar pagar. Selidik punya selidik, rupanya si binatang ni yang makan pokok cili mak. Pokok kacang mak yang muda pun jadi mangsanya. Jadi semalam akak ternampak siput babi ni dok rehat aje kat pokok kemunting cina putih, nampak senang lenang aje dia. akak pun snapppp.Dan lepas tu semua siput babi disram garam. Berdebub-debub jatuh ke tanahhhh. Haaaa baru padan mukaaaa diaaaa.



Akak ade terjumpa satu kisah berkaitan siput babi ni. Kisah ni dibuat sebagai satu lawak jenaka dan dijadikan satu pengajaran yang berguna untuk kita renungkan. Cuba baca ye!

Quote:
Seorang ayah bersama anak lelakinya berjalan ditepi rumah, lalu ternampak seekor siput babi. Lalu berkatalah si ayah
Ayah: “Eh siput babi lagi…”
Anak: “Siput apa?” dengan hairan!
Ayah: “Siput babi…” dengan lembut cuba menerangkan pada sianak
Anak: “Siput apa?” masih lagi hairan.
Ayah: “Siput babi laa”
Anak: “Siput apa?” masih lagi hairan dengan nama siput tersebut.
Ayah: “Siput laaa babi…” dengan perasaan [...]
dipetik dari: http://www.arkb.org.my/?m=200802



pada suatu pg yg nyaman....

kelibat 2 org sdg berjalan...

ohh..rupe2 nyer anak n bapak..

tiba2 sianak ternampak suatu binatang amphibia..

anak: bapak itu menatang ape?

bapak: siput nak.

anak: siput aper?

bapak: ohh..siput babi nak.

anak: siput aper?

bapak: siput babilah sayang.

anak: siput aper pak???

bapak: siput babi lah.

anak: siput ape???

bapak: (dgn perasaan mrh)SIPUT LAH BABI OIII!!!!!

anak: (dgn relax nyer)ohh..siput sedut!!!

bapak: $#%*&....

http://teratakian.clicdev.com/f/index.php?trk=teratakian&s=4916fa5d6203760654d9ce3243200a6c&showtopic=5532




Quote:
aku mempunyai sebuah cerita yg ingin dikongsi bersama semua orang..ini sebuah kisah mengenai sahabat aku punya family..kisah ini berlaku pada tahun 1990..family sahabat aku ini menetap di sebuah kampung di gombuck..name sahabat aku ini ialah cokie (anak pertama),panjang (anak kedua) dan jijan (anak keitga)..mereka tiada ibu,tp mempunyai seorang ayah tunggal bernama khairuddin..khairuddin seorang nelayan yg miskin..beliau tidak reti mendidik anak-anak nya yg masih kecil itu serta telah mengabaikan tanggungjawab nya sebagai seorang bapa..khairuddin berasa bersalah kepada anak-anak nya terutama sekali kepada cokie..khairuddin telah memberi kn sepucuk surat kepada cokie dan meminta nya membaca surat itu ketika dipagi raya..pada suatu hari,khairuddin mengambil cuti untuk membuat persiapan raya bersama-sama anak-anak nya..semasa keluarga ini bersama-sama mengemas di halaman rumah,khairuddin ternampak seekor siput babi di atas tangga rumah mereka..lalu dia pown menaya soalan kepada anak-anak nye yg sibuk mengemas itu..

khai: jijan,ni apa nie nak?

jijan: ni siput la,ayah.

khai: panjang,ni siput apa nie nak?

panjang: ni siput babi,ayah.

khai: cokie,ni siput apa ni cokie?

cokie: ni siput babi la,ayah.

khai: jijan,ni apa nie nak?

jijan: ni siput la,ayah.

khai: panjang,ni siput apa nie nak?

panjang: ni siput babi,ayah.

khai: cokie,ni siput apa ni cokie?

cokie: ni siput babi la,ayah..berapa kali ayah nk tanya?

khai: jijan,ni apa nie nak?

jijan: ni siput la,ayah.

khai: panjang,ni siput apa nie nak?

panjang: ni siput babi,ayah.

khai: cokie,ni siput apa ni cokie?

cokie: ni siput babi,ayah..siput babi.

khai: jijan,ni apa nie nak?

jijan: ni siput la,ayah.

khai: panjang,ni siput apa nie nak?

panjang: ni siput babi,ayah.

khai: cokie,ni siput apa ni cokie?

cokie: ni siput la..babi..! !

xlame lepas itu,khairuddin pun meniggal dunia kerana menghadapi sakit jantung..setelah beberapa ari kematian khairuddin,cokie teringat akan sepucuk surat yg telah diberi kn oleh ayah nya dahulu..cokie pun membacakan surat itu kepada adik-adik nya yg sedih akan kematian ayah mereka itu..

“kepada anak-anak ku..ayah tau ayah tidak mendidik kamu semua dengan baik..ayah ingin meminta maaf kepada kamu semua..selama nie ayah juga merahsia kn satu perkara dengan kamu semua..ayah nk beritahu kamu yg sebenarnya telinga ayah dh tersumbat dan telah menjadi pekak..harap anak ayah dapat menerima hakikat ini…”

-THE END –

http://forum.myspace.com/index.cfm?fuseaction=messageboard.viewThread&entryID=51075166&groupID=103819878&adTopicID=32&Mytoken=0BBE8E36-321D-4324-93CF2C5B42BD0C57842463








AKAK SEDIH SANGAT SEBAB KAMERA AKAK SUDAH ROSAK DISEBABKAN KECUAIAN AKAK JUGAK. AKAK LETAK BERHAMPIRAN DENGAN WATERING AIR REFRESHENER. AIRNYA DAH TERKENA KAMERA AKAK. HUA HUA HUA HUA HUA. BILA BUKA DIA DAH KABUR. BILA SNAP AJE GAMBAR SEMUA BLURRRRRR..


Akak dapat hadiah lagi dari pengunjung setia akak, mamasya. Terima kasih mama atas anugerahmu ini. Suka sangatttt.



Hadiah ni pulak akak nak pas pada:
1. Rin Chan
2. Mak Lang Azie
3. Wawasalwa
4. Su soulha cairo
5. Ma Diha
6. Pemancing Ikan
7. Hajar
8. Auntie Umi Kal
9. Zaiy
10. Aisyahummiaqil
11. Amalhayati
12. Ida Isk
13. Aishah
14. zai kulim

Cepat-cepat ambik dan tepek kat fp masing-masing.

Ini kad ucapan dari Wanzee. Terima kasih Wanzee.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net