Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Sep-2008 14:55 Email | Share | Bookmark
MASAK LEMAK SOTONG KULIT RAMBAI

 
 
 
Salam Ramadhan buat semua

Bila pegi ke pasar malam, macam2 benda teringin nak beli. Bila tengok buah rambai akak teringin sangat nak makan masak lemak ikan dengan kulit rambai. Jadi akak beli lah RM2.00. Isinya boleh tahan manis. Isi akak makan, kulit rambai akak simpan. Kebetulan akak beli sotong dan ikan. Fikir punya fikir, nak cubalah guna sotong untuk masak lemak dengan kulit rambai ni.Hasilnya tidak mengecewakan rasanya ummmmph


Buah Rambai


Tengok isinya

Akak teringat komen Ma Diha, dia cakap akak gemar masak dengan benda2 yang masam. Sebenarnya kulit rambai ni boleh menggantikan asam keping. Rasanya tak lah semasam asam keping yang selalu kita guna tuuu. Sedap bila kulit rambai yang lembut tu dikunyah. Rasanya dikombainkan dengan rasa lembut kulit rambai dengan rasa kenyal sotong. memang sedap:P



Quote:
MASAK LEMAK SOTONG KULIT RAMBAI

Bahan-bahan

1 biji kelapa~ambil santannya
1 kg sotong ~dibersihkan
Garam secukup rasa
kulit rambai ( dari lebih kurang 10 biji~dibelah 4 )

Bahan kisar
15 biji cili kering
6 ulas bawang merah
sejemput/1 sudu besar biji ketumbar
1 1/2 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit
1 ulas bawang putih

Cara;
1. Kulit rambai direndam dengan air garam selama 1/2 jam. Kemudian diramas sedikit dan ditoskan
2. Satukan bahan kisar dan santan dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perlu dikacau2 selalu supaya kuah tidak berketul2.
3. Masukkan sotong, garam dan kulit rambai. Kacau sebati.
4. Masak sehingga sotong masak.
5. Perlahankan sebentar api agar kuah sebati. Rasai garamnya dan angkat.

Kalau masak lemak cili api ikan dengan kulit rambai ni pun memang terangkat. Makan sama dengan sambal belacan dan ikan kering. Nasi mesti panas2. Wau!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net