Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Sep-2008 05:14 Email | Share | Bookmark
BUBUR CANDIL, KEK COKLAT VERSI KAK JIE JIE

 
 
 
 
 
Salam Ramadhan buat semua.

Sekarang ni tak susah untuk membuat juadah berbuka puasa. Klik aje mana2 Fp kawan2 dah bersedia dengan resepi2 yang enak dan lazat. Ade pulak yang tak pernah didengar namanya.

Akak terpikat dengan resepi pencuci mulut Rinn. Memang tak rugi dicuba. Terima kasih Rinn sebab share resepi ni. Memang sedappp. Sayang Rinn. Muaaahhhh. Halalkan akak copy dan paste resepinya kat sini ye!



Pulut yang dah digentel bulat.

Quote:
BUBUR CANDIL
Sumber: Nazz Rin Chan
Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air

Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air ~
akak guna tepung beras ganti tepung jagung tu.
secubit garam

Cara-cara :
1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...



Sebelum puasa ari tu, anak akak yang sulong suh buat kek coklat. Semua mesti coklat. Akak ni jenis tak suka menghampakan keinginan anak2. Jadi buat jugaklah walaupun keras tangan dalam mendeco. Hari tu terpandang kek kawan2 Fp yang letak strawberry. Jadi akak hiaskanlah strawberry atasnya. Nampaknya along suka. Hentam aje laaaa longgg.



Quote:
KEK COKLAT
VERSI KAK JIE JIE

Bahan
250gm butter
4 biji telur
2 cawan gula aising
1 sudu besar ovelett
2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ cawan susu pekat, ½ cawan air)


Toping
Coklat masakan hitam~double boil
Buah strawberry

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila,garam dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu dan kopi sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan bulat yang telah disapu dengan mentega. Bakar.










View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net