Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Aug-2008 05:34 Email | Share | Bookmark
SELAMAT BERPUASA, CUP CAKE OREN

 
Salam buat semua.

Hanya 2 hari lagi kita makan di waktu siang hari, Hari Isnin kalau jadi, kita akan berpuasa sebulan. Nanti akan banyak resepi2 berbuka dari Fp kawan2. Ingat di bulan puasa yang lepas, macam2 menu berbuka dan biskut raya, sampaikan tak terbuat. Sampai sekarang dok simpan lagi resepi2 tuuuu. Wakakaka.

Ingat Sabda Rasulullah s.a.w:
Wahai manusia, menjelang tiba bulan agung lagi berkat ini, bulan yang di dalamnya ada satu malam lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardhu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardhu pada bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar iaitu bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari api neraka ( Hadis riwayat Ibn Khuzaimah )

Elok kiranya kita melakukan persiapan menjelang Ramadhan. Antara persiapan itu ialah:

1. Menyediakan diri secara mental dan fizikal untuk berpuasa
2. Mahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa
3. Biasakan diri bangun pada waktu sepertiga malam untuk bertahajjud, mendekatkan diri pada Allah
4. Memperuntukkan sejumlah wang sebagai sedekah jariah dan zakat fitrah
5. Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan dan tadarus al Quran
6. Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat
7. Banyakkan doa dan berzikir kepada Allah dan Rasulnya.








Quote:



CUP CAKE OREN

Bahan
250gm butter
3 biji telur saiz A
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung jagung
2 sudu teh esen oren
1 sudu besar baking powder
1 biji limau Sunkist, ambil airnya
1 sudu teh pewarna kuning telur
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ daripadanya susu pekat)
1 ½ cawan gula aising.

Hiasan
Kacang walnut/pecan~dibakar lebih dahulu
Aising cream+whipping cream

Cara:
1. Pukul butter dengan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan pewarna, esen oren dan air perahan limau, pukul
4. Masukkan air bancuhan susu sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan tepung bersama baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi
sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Isikan bancuhan ¾ cup cake dan bakar.
7. Bila sudah sejuk, hiaskan dengan aising cream dan kacang walnut
.












Dimasuk dalam bekas untuk anak bawa ke asrama



BUAT SEMUA KAWAN2 FP, AKAK MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA SEKIRANYA ADE TERSILAP KATA DAN TULISAN YANG MENYENTUH HATI KAWAN2. SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51


BANNER KEMERDEKAAN HADIAH DARI RINZURA http://rinzura.fotopages.com/. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK RINZ.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net