Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Aug-2008 12:16 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT RASBERRY BERKOPI

Salam Buat semua.

Fp dah mula buat perangai. Dah 3 kali upload gambar, masih tak keluar-keluar. Bila ade masa untuk update Fp dia pulak meragam. Haiiiiiiiiiiiiiii. Nasib baik ade flickr. Haaa nak lepas geram, masukkan semua sekali. Hihihihihihihihihiiiiiiii

Teringat akak satu istilah kemaruk. Macam2 kemaruk ni. Kemaruk makan pun ade. Kemaruk ni bila cuba diet untuk tidak makan nasi, tapi bila ade peluang untuk makan, bedal sampai tak hingat duniaaaa. Kemarukkk. Satu lagi ni kemaruk buat cup cake. Buat tiap hari. anak2 pulak tu suka makan. apa lagi, lagi kemaruklah nak buat. Bukannya ape, bahan-bahan masih banyak. Kalau tak dibuat, membazir pulak. Kebetulan pun anak2 semua berkumpul. Daripada tak ade benda yang nak dikunyah, elok buat kek ni. anak2 pun suka kalau ditaruk coklat gini.

Kemaruk yang lain tu akak tak nak ulassss.



Bancuhan diisi dalam cup cake. Kurang puas hati sebab merekah. Rasanya ter'over' bakar


Ni la unik cup cake akak niiii. Tang merekah tuuuu. Kat kedai tak macam ni kottt. Kira trend baru la ni.




Resepi ni akak taruk sekali harung, kek dan cup cake. Sorry arr. Ni kes 'M' la niii.

Quote:
KEK COKLAT RASBERRY BERKOPI

Bahan
250gm butter
5 biji telur
2 cawan gula aising
1 sudu besar ovelett
3 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu pekat ( ½ cawan daripadanya susu pekat)
½ cawan air kopi susu ( dari 1sudu kopi + 2 sudu susu )
secubit garam


Toping Untuk Kek
Mentega
Jem Rasberry
Cara: Cairkan butter. Angkat dan masukkan jem rasberry. Kacau rata.

Untuk cup cake
coklat chip/ manik2 gula
jem rasberry

Cara:
1. Pukul butter,ovelett dan gula aising hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila,garam dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu dan kopi sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder dan soda bicarbonat yang telah
diayak bersama sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Isikan bancuhan di dalam loyang yang telah digris dengan mentega. Bakar.
7. Bila sejuk, sapukan diatasnya dengan jem rasberry.

Untuk cup cake berinti rasberry
8. Isikan sedikit bancuhan dalam cup cake, masukkan jem rasberry, masukkan bancuhan
sehingga ¾ cup cake, tabur sedikit coklat chip/manik2 gula dan bakar.







Main taram...potong dengan pisau ajee.


KEK COKLAT RASBERRY BERKOPI


Nampak macam brownies pulakkkkk. Hihihihihiiiiiii. Ape2 aje laaaa.




Tengok jem rasberry di dalamnya.


anak-anak yang tabur manik2 tuuu.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net