Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Aug-2008 11:56 Email | Share | Bookmark
MASAK LEMAK CILI API AYAM BERSAMA MANGGA

 
 
 
 
 
Salam Sya'ban buat semua.

Rasa jemu asyik masak ayam~asyik kari kalau tidak pun sup, paling ringkas goreng aje. Fikir punya fikir, apa kata akak try masak lemak cili api campur dengan mangga Melaka Delight. Tak sangka rupanya anak-anak suka hinggakan licin dalam periuk. siap ratah-ratah lagiii. Tambah pulak kalau digandingkan dengan sambal mangga belimbing buluh. Makan pulak dengan ikan kering atau ikan goreng, nasi biarlah yang panas-panas, huh berpeluh-peluh dibuatnya. Memang sedap mangga tua dimasak lemak begini. Mangga Melaka Delight tak lah tersangat masam. Bila dimasak kenyalnya macam ubi kentang. rasanya lebih sedap dari ubi kentang. Memang sedaaap. Jangan pilih yang nak masak, ambik yang tua~ tempurung buahnya dah keras.







Quote:
MASAK LEMAK CILI API AYAM BERSAMA MANGGA

Bahan-bahan

Beberapa potongan ayam
2 biji mangga~dipotong kecil
Santan dari 1 biji kelapa
4 batang serai~dititik
1 helai daun kunyit~dicarik-carik
Garam secukup rasa

Bahan kisar
20 biji cili api hijau
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 inci kunyit

Cara:
1. Satukan santan bersama bahan kisar. daun kunyit dan serai.
2. Panaskan hingga mendidih. Kuah hendaklah dikacau-kacau selalu supaya tidak berketul dan kuah nampak cantik
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Bila ayam separuh masak, masukkan mangga. Biarkan seketika sehingga ayam masak dan mangga empuk. Rasailah dengan garam. Angkat.



SAMBAL BELACAN MANGGA BELIMBING


Akak rasa bertuah kerana sentiasa dapat hadiah dari kawan2 fp. Yang satu ni pulak hadiah yang amat bermakna buat akak yang diberikan oleh mamasya. Hadiah sebagai tanda persahabatan. Cantik. Syukran syukran syukran.



Hadiah ini akak berikan pula kepada:
1. Pemancing Ikan
2. Masriyah
3. Rinzura
4. Ida Isk
5. Amalhayati
6. Aisyahummiaqil
7. Sofwat
8. Ma Diha
9. Fazizaid
10. Jeff


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net