Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Aug-2008 15:09 Email | Share | Bookmark
TONGKOL BERSAMBAL, CUP CAKE LAGI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam sya'ban buat semua

Masa terlalu pantas berlalu. Rasa 1 minggu sekejap aje bersama anak-anak. Minggu dah mula sekolah semula. Tinggallah akak bersama mak dan dua orang anak akak yang masih sekolah rendah. Seorang akan mengambil UPSR yang tak berapa hari lagi. Anak akak yang lelaki yang dok asrama akan ambil PMR tahun ni. Akak selalu doakan agar mereka mendapat kejayaan yang cemerlan.

Masa dia orang ade, akak masak makanan kegemaran dia orang. Biasa masakan yang bersambal. Ari tu hubby ada rebus ikan tongkol. Jadi ikan rebus tu akak goreng bersambal. Lama rasanya tak makan ikan rebus goreng bersambal ni. Bila dah lama tak makan rasa sedap pulak.


TONGKOL GORENG BERSAMBAL

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol~dipotong kecil dan direbus. Biarkan semalaman
minyak untuk menggoreng
1 keping asam keping
garam secukup rasa
2 sudu gula

Bahan kisar
6 biji cili merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara:
1. Panaskan kuali. Goreng ikan tongkol sehingga garing
2. Tumiskan bahan kisar bersama asam keping sehingga garing
3. Masukkan garam dan gula. Kacau rata.
4. Masukkan ikan dan dikacau, biarkan seketika. angkat.
5. Enak dimakan dengan nasi panas-panas.




CUP CAKE KASTARD BIASA

Bahan
250gm butter
5 biji telur
2 cawan gula kaster.
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu tepung ( 4 sudu besar susu tepung )

Cara:
1. Pukul butter dengan gula kaster hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah diayak bersama
sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Isikan bancuhan ¾ cup cake dan bakar.







Yang ni akak ambik idea dari mamafami. Isikan jem dalam cup cake. Sorry ye mama. Terima kasih. Sayang mama muaaaah muaaahhh

CUP CAKE KASTARD STRAWBERRY



Bahan
250gm butter
5 biji telur
2 cawan gula kastor.
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar baking powder
1 cawan bancuhan susu tepung ( 4 sudu besar susu tepung )
jem strawberry

Cara:
1. Pukul butter dengan gula kaster hinggá kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul
3. Masukkan esen vanila dan pukul
4. Masukkan air bancuhan susu sedikit demi sedikit, pukul
5. Masukkan kedua-dua tepung bersama baking powder yang telah diayak bersama
sedikit demi sedikit. Kaub balikkan hingga sebati.
6. Isikan bancuhan sedikit dalam cup cake, masukkan jem strawberry, kemudian penuhkan
bancuhan menutupi jem sehingga ¾ acuan cup cake dan bakar.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net