Want your
own Fotopage?







 
Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Aug-2008 01:23 Email | Share | Bookmark
TERUNG PULAK

 
 
 
Salam Sya'ban buat semua

3 hari lepas, akak pegi TESCO.
Terjumpa terung yang besar dan panjanggggg
Akak geram tengok terung tu
jadi akak beli lah
Tak sedar tangan tu main ambik aje
penuh palstik
bila ditimbang, mak aii sampai cecah RM 9.00
Tapi tak ape, keluarga akak memang suka terung
Yang paling dia orang suka
bila terung dibakar atau direbus saje
simple dimple. Dia orang boleh ratah gitu saja
Terung bakar atau direbus kalau dicecah dengan sambal belacan
memang ngam. Tambah lagi kalau ade budu+ikan bakar atau ikan rebus
memang laju aje makan. Cukup lauk itu ajeee. Kira2 boleh jimat belanja.
Yang selebihnya tu
akak masak lemak terung
memang dah lama tak masak ni
masukkan cili banyak-banyak
biar pedas berdesit,
itu lagi kaw
tapi yang ini akak kurangkan cili
sebab anak2 tak tahan pedasss.
Masak lemak terung kalau dikelantan
dipanggil Sayur Terung.

Quote:


SAYUR TERUNG

Bahan-bahan
2 biji terung ( terpulang pada saiz terung ~akak guna terung yang besar dan panjang-dipotong2 )
1 biji kelapa, ambil santannya ( kali ni akak guna santan kotak )
6 biji cili merah ( cili ni tak berapa pedas )
Garam secukup rasa
secubit secukup rasa maggi ( akak tambahkan untuk lebih sedap sebab guna santan kotak )

Bahan tumbuk/kisar
1 ekor ikan bakar/ikan rebus~dikisar berasingan
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air kerana santan tu pekat)
2. Masukkan bahan kisar. Panaskan periuk dan biarkan kuah mendidih
3. Masukkan terung, garam dan secukup rasa maggi.
4. Bila terung dah layu. Angkat.




Bila belek Fp mamafami, akak teruja tengok sup tauhu jepun.
Teringat kat tauhu jepun yang tersadai lama dalam peti ais
Mulalah nak mencuba buat sup
Bila tengok bahan tak ade macam mamafami tu
akak pun bantai aje la
asalkan sedappppp
ratah dan hirup kuahnya panas-panas
terangkattttttttt
Jom tengok masakan hentam akak tuuu.

Quote:

SUP TERUNG ENOKI TAUHU JEPUN
Bahan-bahan
1 paket tauhu jepun~dipotong dan digoreng
1 paket cendawan enoki
1 biji terung~dipotong dan dibelah memanjang
1 biji karet~dipotong dan dibelah memanjang
1/4 kobis~dihiris besar
3 biji cili merah~dihiris
6 ekor udang
1 labu bawang besar~dihiris
5 ulas bawang putih~dihiris
1 sudu tepung jagung, bancuh dengan air untuk 1 cawan
secubit secukup rasa Maggi
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara:
1. Tumis bahan hiris hingga garing. Masukkan udang. Kacau hingga udang kemerahan.
2. Masukkan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih dan mesra.
3. Masukkan karet, terung dan enoki. Gaul rata
4. Masukkan sedikit secukup rasa maggi dan garam.
5. Masukkan tauhu jepun.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata. Angkat.





Ni dari pakcik Pemancing Ikan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net