Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Aug-2008 12:59 Email | Share | Bookmark
RINGKAS-RINGKAS AJE

 
 
 
Salam Sya'ban buat semua.

Akak ni kadang-kadang siiiibuuuuk memanjang.
Banyak kerja nak disiapkan, Banyak meeting nak attend,
kadang sibuk mengalahkan menteri pulakkk. Hi hi hi hi hi, gurau aje,
tak lah sesibuk ituuu.
Kadang-kadang tu buat-buat sibukk.
Kalau mengadap Fp tu maknanya buat2 sibuk la tuuu. Kuang kuang kuang kuang.
Ape tidaknya bila fp meragam boleh makan masa yang lama jugak untuk update 1 entry aje tuuu.

Bila dah sibuk canggini, maka masak pun ringkas-ringkas aje.
Sib baik anak-anak suka
Untuk sarapan akak buat telur hancur untuk anak-anak.
Dulu kalau akak buat ni, dia orang tak suka
Entah kenapa, hari tu teragak nak buat,
akak buat cuma 3 biji telur aje
takut tak habis
rupanya licin.
Makan dengan roti memang sedap
Anak2 minta lagi suh buat macam semalam
Dia kata sedap sangat
Biar betul budak2 niii
telur hancur dikatanya sedappp
Dia cakap ibu taruk air perahan limau sunkist kan?
Ha ah ye lah tuuuu.
Jadi akak buat 5 biji telur pulak
Sampaikan dia orang bawak bekal ke sekolah.

Ni dia telur hancur tuuu. Bukan special sangat punnn
tapi anak2 suka itu yang seronok sekali
makan sampai licin
tu yang bestnya tuu
Bahannya pun biasa aje, cili, bawang besar, bawang putih dihiris dan ditumis
pecahkan telur. Kacau hancur
Last sekali masukkan air perahan limau sunkist
perasakan dengan garam
Ambik roti dua keping
Sapu sedikit mentega
isikan telur hancur
Ngapppp.

TELUR HANCUR



Masakan yang ringkas yang kedua
Telur Masak Jintan.
Telur ni memang penyelamat keadaan
Masak telur canggini
memang anak2 suka
cukup 1 ni aje, tak perlu masakan yang lain
dia orang boleh tambah nasi.



Quote:

TELUR MASAK JINTAN

Bahan-bahan
6 biji telur~digoreng mata kerbau
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 labu bawang merah~dihiris
2 biji cili merah~dihiris
2 ulas bawang putih~dihiris
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
garam secukup rasa

Cara
1. Tumis bahan yang dihiris hingga wangi
2. Masukkan jintan manis dan jintan putih. kacau
3. Masukkan garam, sos cili dan sos tomato
4. Masukkan telur. Kacau sebati. Angkat.




Bila sebut kerabu, memang semua sukakannya
Dialah yang menambahkan selera makan
Akak dapat resepi kerabu yang paling ringkas sekali.
Dari seorang rakan kerja di pejabat
Ni dia resepinya

Quote:

KERABU KANTAN BILIS

Bahan-bahan
1 kuntum bunga kantan~dimayang halus
1 labu bawang besar~dimayang halus
1 biji cili merah~dimayang halus
1 biji limau nipis~ambil airnya
Segenggam ikan bilis~digoreng garing
sedikit garam
sedikit gula

Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan yang dimayang dan ikan bilis
2. Perahkan air limau nipis ke dalamnya.
3. Masukkan sedikit garam dan gula. Gaul rata. Sedia dihidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net