Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Aug-2008 15:34 Email | Share | Bookmark
MEE MAGGI, BUBUR NASI DAN CUP CAKE COKLAT

 
 
 
 
 
 
 
Salam Sya'ban buat semua.

Bila sebut Sya'ban,
itu menandakan kita makin hampir bulan Ramadhan.
Makin hari nak sambut ramadhan makin lapar pulak
perut ni.
Sebelum update n3 ni, perut dah nyanyi2
Apa lagi tanya anak yang bungsu
nak join ibu tak makan maggi?
Malam2 makan maggi?
biar betulll
Betul tak betul, kalau dah lapar tu
bedal aje lahhhh.
Si bungsu jawab, boleh tapi nak sikit aje
Terus mulalah operasi masak maggi
Anak yang kedua bungsu pulak dah bangun
Tanya dia nak tak maggi
dia anggukkkk
Cadang nak buat 1 paket, dah jadi 2 paket.
So guna 1 perencah maggi kari saje
Tumis bawang . cili dan perencah kari
untuk lebih kari, tambah serbuk kari sikit
dan tambah secubit serbuk rasa maggi
Tengok sawi tak ade, nampak terung dan kacang botor
Bedal aje lahhh, asalkan ade sayur.
Anak bungsu kata ' ni mesti fail ni Ibuuu'
pecahkan telur 3 biji
Dah masak,
Senduk untuk anak bungsu telur dan sikit mee
Bila nak senduk kali kedua
adik dah kacau mee dalam periuk
telur jadi hancurrrr. Hu hu hu hu



Bila dia makan, dia mula komen
Kenapa ibu bagi adik mee sikit sangattttt.
Akak tambahkan lagi mee.
'Sedap ke dik?'
Dia senyappppp sambil menghirup kuah mee.
He he he he he geli hati tengok
tadi kata fail
tapi dia pulak yang laju
sian adik dah tak cukup mee
nanti ibu buat lain kali
boleh makan puas-puas.
Tapi sebenarnya akak tak berapa galakkan
anak2 makan maggi
menurut kajian, mee yang kita makan
tak hadam sehingga 1 minggu
betul ke tidakkk
Wallahu A'laaammmm



Yang ini pulak, bubur nasi yang kira dah lama.
Sama hari dengan calong ari tu


Gambar tak berapa jelas. Ni kes nak cepat makan ler niiii

Sebab le ni tengah diet
So masak bubur nasi la
letak calong beberapa biji
curahkan kuah kicap
ala2 bubur moi.
( halia+bawang putih: tumis, taruk kicap + sikit air )
ni kes tak puas hati
makan bubur moi kat sebuah restoran...

Konon diet tapi habis 1 mangkuk tu





Akak dapati coklat chip masih ade balance
kebetulan tepung ade lagi sikit
butter memang sentiasa ade
beli yang dalam tin
Jadi akak buat cc coklat



Dah masak, anak kedua akak
ambik cc lalu koyakkan acuannya
akak perhatikannnn hish nampak cantik pulak
bila ade di tangan anak tu
Akak pun snap lahhhhhhhhh, apa lagi....



Quote:
CUP CAKE COKLAT

Bahan-bahan
3 sudu besar penuh mentega/1 cawan mentega
2 1/2 cawan gula ising
4 biji telur
250ml susu Dutch Lady low fat
2 cawan tepung halus lagi putih
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan coklat Van Houten
1 sudu kecil baking powder
1 penutup botol esen vanila
sedikit coklat chip untuk hiasan

Cara:
1. Pukul mentega dengan gula ising hingga kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila
3. Satukan tepung gandum, tepung jagung, coklat serbuk dan baking powder, diayak.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dipukul seketika.
5. Masukkan tepung, kaub balikkan sehingga sebati
6. Sudukan adunan ke dalam 3/4 acuan. taburkan coklat chip ke atasnya.
7. Bakar..



Anak dah makannnnnn yum yum yummmm



MAAF ADIK2 ABANG2 DAN KAKAK2, AKAK TAK DAPAT MENJENGUK FP KALIAN. DAH CUBA MASUK TAPI TAK SAMPAI 3 SAAT TERUS PADAM SEMUA INTERNET. ENTAH KENAPA...NANTI BILA DAH OK, AKAK JENGUK YE!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net