Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Aug-2008 14:26 Email | Share | Bookmark
PULUT PANGGANG, ROTI LUBNAN BERINTI DAGING

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Masakan akak kali ni adalah hasil dari bahan yang dah siap ade
cuma akak ubah suai sikit jadi menu yang lain.
Pulut panggang ni asalnya akak dapatkan pulut yang siap dimasak
masa potluck di tempat kerja akak.
Pulut ni dimakan bersama serawa durian.
Oleh kerana banyak lebih, akak tapau sikit
konon nak buat tapai sebab dalam kepala
dok cadang nak buat apam beras.
Tapi bila akak tengok pulut tu
rupanya sudah dikukus dengan santan.
Apa lagi terlintas di fikiran nak makan pulut panggang
Sebenarnya ni lah first time buat pulut panggang
Akak buat sambalnya.
Janji dengan kawan nak bawakan tapai
tapi jadi benda lain
So bagi sikit kat kawan rasa
Dia orang bagi komen
ok sedap, cukup garam dan gula secukup rasa
Boleh buat jual niiii. Ha ha ha ha.
Rasa geli hati jugak
tapi kalau ikut selera akak, memang puas makan
lepas kempunan nak makan pulut panggang Kelantan
Tapi ia ade kelainan sikit sebab pulutnya manis. Itu saja.

Quote:
SAMBAL PULUT PANGGANG

Bahan-bahan

1/2 biji kelapa parut
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar
sejemput udang kering~dibersihkan dan direndam sekejap biar lembut
10 biji cili kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji cili api
Sedikit kelapa parut

Cara
1. Tumis bahan kisar hingga bangkit bau dan garing
2. Masukkan kelapa parut, gaul sebati
3. Masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
4. Rasai garamnya dan angkat.

Untuk pulut panggang
beberapa helai daun pisang~dilayur agar lembut
pulut kukus bersama santan
Inti sambal udang kering ( sambal pulut panggang)
lidi kelapa

Cara
1. Letakkan 1 sudu pulut di atas daun pisang
2. letakkan inti ditengah pulut
3. Gulung dan sematkan dengan lidi
4. Bakar.


PULUT PANGGANG




Yang ini pulak, punyalah dok geram dengan cc kawan2 Fp
mulalah akak yang keras tangan ni nak mendeco
Memang susah betul nak buat deco ni sebab tak kreatif
Tak datang langsung idea sebab tak pernah berguru
Pulak tu tak ade nozle yang sesuai
Dapat nozle yang buat biskut
Besar gedabag
Tapi nak tayang jugak
Ni le first time buat deco
Kadang2 tergelak sorang2
Untuk Ising, akak guna butter+gula ising+whipping cream
Bila makan memang sedap
tapi rupanya tak cantik.




FIRST CC YANG AKAK DECOR. BESAR GEDEBAG.HE HE HE HE



Ni yang terakhir untuk n3 kali ni
Hubby beli Roti Lubnan niii
Fisrt time beli, hanya cicah air teh atau air kopi
Nampak macam laku ajeee, hubby beli lagi sekali
akak lihat dok tersadai 1 hari
maklumlah kalau dah sekolah
anak2 tak sempat nak makan
balik rumah kejap, mandi makan nasi ala kadar
terus pegi ke sekolah agama pulak.
Jadi dia orang tak sempat makan roti ni
Jadi akak fikir elok akak buat sesuatu dengan roti ni
Biar lakuuuu.
Kebetulan malamnya akak goreng daging ketul besar
( bermakna akak potong besar-besar daging dan digaul dengan garam kunyit-goreng)
ade berbaki lagi 2 ketul
akak hiris kecil-kecil dan akak panaskan sedikit minyak di dalam kuali
akak goreng semula. Lepas tu akak masukkan sos lada hitam.
Bila sebati, angkat. Akak hiris sikit kobis
Roti Lubnan ni ade poket. akak potong dua.
akak masukkan daging+kobis + mayonis. Kemudian akak gulung
Heeemmm rupanya habis lakuuuuu.



ROTI LUBNAN BERINTI DAGING




YANG SIAP DIGULUNG.

SELAMAT MENJAMU MATA. SEMUANYA FIRST TIME. NAK CUBA? CUBALAHHHH. TENGOK LAKU KE TIDAK?





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net