Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Aug-2008 14:18 Email | Share | Bookmark
AWARD,MASAK LEMAK CILI API IKAN BERSAMA BINJAI.

 
 
 
 
 
Salam buat semua

Bila bukak lap top
baca komen kawan2 ( terima kasih kerana kawan2 masih menjenguk Fp akak)
seronok kerana antara komen tu ade orang yang bagi award
Ape lagi akak terus ke Fp aisyah@ummiaqil untuk dapatkannya.
Terima kasih bebanyak shah sebab ingatkan akak.



akak nak hadiahkan award ni kepada....jeng jeng jeng jeng
1. zai kulim
2. rinchan
3. maklang azie
4. ciku nunu
5. kak liza
6. mamasya
7. madiha
8. srsfeqah
9. jasmeen
10. wawa
11. cek de sam
12. hajar
13. masriyah




Ini pulak hidangan berbuka puasa akak.
Cukup simple. Sup Sayur Oat kali kedua
Resepi aishahummiaqil
memang sedap bila hirup panas-panas
Badan yang lemah terasa segarrrr
Sesuai tuk diet~kuruskan badan.
Kali ini akak masukkan kentang, hirisan ayam dan sawi
Bila makan, akak taburkan ayam goreng yang disiat-siat.



Ingat tak waktu akak cerita pasal binjai
pasar malam baru ni akak terjumpa binjai
yang masam manis
balik terus masak lemak cili api
dah habis rasanya kempunan
bila makan binjai yang dimasak lemak ituuuu.
Syukur kepada Allah kerana memberi akak
berselera makannnnnnnnnnn
tak pernah tolak
kalau ade yang hulurrrr.
ingat kata2 dalam filem P Ramle
reseki jangan ditolak
merbahaya jangan dicariii.

Quote:


MASAK LEMAK CILI API IKAN BERSAMA BINJAI

Bahan-bahan
1 biji binjai masam manis~dibersihkan dan dihiris
8 ekor ikan kembung
1 biji kelapa~ambik santannya
1 keping asam keping
garam secukupnya
2 batang serai~dititik

Bahan kisar
2 inci kunyit
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
15 biji cili api

Cara:
1. Satukan santan bersama bahan kisar,serai, garam dan asam keping. Masak sehingga mendidih.
2. Kuah hendaklah dikacau-kacau selalu supaya santan tidak bergentel dan tumpah keluar.
3. Bila mendidih, masukkan ikan kembung.
4. Bila ikan hampir masak, masukkan hirisan binjai.
5. Kecilkan api untuk seketika sehingga kuah sedikit pekat. Angkat.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net