Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Aug-2008 13:14 Email | Share | Bookmark
AYAM PANGGANG TEGAK, ASAM PEDAS KARI IKAN PARI, CUP CAKE PRUNE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua

Hari minggu baru ni
adik ipar satu keluarga datang berziarah
akak masak ala kadar aje untuk mereka
ayam panggang tegak, Kangkong Goreng,
Masak Asam Pedas Kari Ikan Pari
dan kek comel prune

Tapi bila makan ramai-ramai
makanan ala kadar terasa sedap
Habis licinnnn
Rasa berbaloi tuan punya diri yang masak.




HITAM TU BUKANNYA APE, KICAP + MADU. BUKAN HANGIT. YANG INI PALING SEDAP DIMAKAN

Quote:

DICECAH DENGAN SOS LADA HITAM HOMEMADE

AYAM PANGGANG TEGAK LADA HITAM BERMADU

BAHAN-BAHAN
1 EKOR AYAM~DIBERSIHKAN
KICAP
4 SUDU BESAR MADU
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT GULA

BAHAN KISAR

4 ULAS BAWANG MERAH
4 ULAS BAWANG PUTIH
1 LABU BAWANG BESAR
1 1/2 IN HALIA
1 SUDU MAKAN LADA HITAM
8 BIJI CILI KERING


CARA:
1. SATUKAN BAHAN KISAR, KICAP DAN MADU DI DALAM BEKAS. MASUKKAN AYAM GAUL BIAR RATA DAN DIPERAP SELAMA 1 JAM ATAU LEBIH.
2. LETAKKAN AYAM SECARA TEGAK DI DALAM OVEN, SET UNTUK GRILL DAN BAKAR SELAMA 45 MINIT ATAU SEHINGGA AYAM BERTUKAR WARNA MERAH KEHITAMAN..
4. ANGKAT DAN HIDANGKAN. SEDAP DIMAKAN BERSAMA SOS LADA HITAM HOMEMADE.

SOS LADA HITAM HOMEMADE

BAHAN-BAHANNYA
BAHAN PERAPAN AYAM/LEBIHAN BAHAN PERAP
2 SUDU TEPUNG JAGUNG
1 CAWAN AIR

CARA:

1. MASAK BAHAN PERAPAN AYAM SEHINGGA MENDIDIH. RASAI GARAM DAN GULANYA.
2. UNTUK PEKATKAN SOS, MASUKKAN BANCUHAN TEPUNG JAGUNG.
3. KACAU HINGGA NAMPAK LIKAT/PEKAT DAN BERKILAT.
4. ANGKAT.



KANGKONG GORENG BERSAMA BELACAN

Quote:

ASAM PEDAS KARI IKAN PARI

Bahan-bahan
8 potong ikan pari dibersihkan
1 1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
seikat daun kesom
2 kuntum bunga kantan
garam secukup rasa
1 sudu gula
2 sudu besar ekstrak asam jawa
Air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar halba

Bahan Kisar
20 biji cili kering
2 inci halia
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/2 keping belacan
1 labu bawang besar ( sederhana )



Cara:
1. Tumis halba, serbuk kunyit, bahan kisar dan serbuk kari sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa ( asam jawa dicampur dengan air secukupnya untuk kuah).
3. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan daun limau purut. Masak hingga mendidih
4. Masukkan ikan pari, garam dan gula. Biarkan kuah sedikit kering/pekat.
5. Rasai garamnya dan angkat.






Quote:

CUP CAKE PRUNE
Bahan-bahan
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung halus lagi putih Bluekey
1 sudu baking powder
1 1/2 cawan gula icing
1 cawan mentega
1 kotak minuman susu low fat
beberpa biji prune~dihiris kecil-kecil
1 sudu kecil esen vanila
coklat chip untuk hiasan



Cara:
1. Pukul mentega bersama gula icing sehingga kembang dan putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan susu diselang seli dengan tepung dan baking powder. Kaub balikkan sehingga sebati
5. Masukkan ke dalam acuan. Taburkan dengan coklat chip. Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing. Akak gunakan mikrowave~tekan menu kek dan biarkan sehingga kek masak.


DITABUR DENGAN COKLAT CHIP


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net