Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Aug-2008 13:45 Email | Share | Bookmark
CALONG

 
Salam buat semua.

Akak sudah lama nak mencuba calong Ma Diha.
Daripada kenal Ma Diha lagi hajat dihati untuk buat calong tak jadi2.
Sampaikan tuannya tayang lagi calongnya pun belum terbuat jugak.
Akhirnya akak cuba buat selepas akak masak asam pedas tenggiri tempoh hari,
akak ade simpan satu potong ikan tenggiri.
Jadi ikan tenggiri ni lah akak cuba buat calong Ma Diha.
Tapi Ma Diha buat guna ikan selayang, akak rasa ikan ape2 pun boleh.
Bila buat dan siap masak memang sedap rasanya.
Ade kelainan dan memang sedappppp.
Cuma masa akak buat tu,
akak dah lupa resepi calong Ma Diha.
Akak agak-agak aje setakat yang akak ingat.
Bila tadi akak buka resepi calong Ma Diha, rupanya akak dah ubah suai sikit dari resepi asal.
Sorry ye Na, sebab masa buat tu, tak bukak komputer
By the way, thanks for your calong. Memang sedaaapppp.

Quote:
CALONG
SUMBER: Ma Diha

Bahan2
secekak besar sawi
(boleh juga guna kobis atau bayam kalau tak suka sawi- tp resepi asal memang guna sawi )
5 ekor ikan selayang pilih saiz besar
(ada org panggil ikan sadin) - boleh juga guna ikan tenggiri senang nak korek isinya )
2 s/b tepong jagung
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
sedikit lada sulah
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
-Cuci & potong sawi.
-Ikan selayang disiang.. buang pipinya dan insang, kerat ekor.. siat kedua2 belah selaput kulit luarnya bermula dari tepi kepalanya dan buang tuang sirip atas dan bawah (yg berduri tuh) supaya senang nak ambil isinya.
-Picit / lurut dari tepi kepalanya utk ambil isinya (ambil isi seperti nak buat keropok lekor )
-Blendkan bawang merah & bawang putih dlm mesin pengisar kering.. jangan campur air.. keluarkan.
-Kemudian blend pula isi ikan tadi. (jangan campur air) kalau ada mesin pengisar daging lagi senang.
-Campurkan 1 s/b bawang blend tadi ke dalam isi ikan yg dah halus. Campur garam sket, lada sulah sket dan juga tepong jagung dan digaul rata hingga boleh dibentuk.
-Dalam periuk panaskan minyak, tumis bawang mesin yg lebih tadi hingga wangi.
-Masukkan air.. jgn byk sangat agak2 lah utk buat kuahnya..
-Sambil tunggu air mendidih.. bolehlah bulat2kan adunan isi ikan tadi menjadi bebola dan masukkan ke dalam kuah tadi.
-Biarkan mendidih.. masukkan garam, perasa, lada sulah dan last sekali masukkan sayur sawi.. balik2kan dan bolehlah ditutup api dan dihidang..




Quote:
CALONG VERSI KAK JIE JIE

Bahan2
2 pokok sawi putih
1 pokok sawi
1 potong ikan tenggiri~dibuang tulangnya dan dikisar
6 ekor udang~dibuang kepala dan kulitnya
1 dada ayam~dihiris kecil-kecil
2 s/b tepong jagung
6 ulas bawang putih~dihiris
1 labu bawang besar~dipotong bulat
1 biji cili merah~dihiris
ikat daun bawang~dipotong panjang 2"
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
Air secukupnya
secubit secukup rasa maggi( kalau tak buh pun tak ape... sedap jugak)
minyak utk menumis

Cara:
Untuk bebola ikan
1. Kisar isi ikan tenggiri. Campurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung
2. Bentukkan bebola.dan masak bersama air sehingga bebola masak. angkat dan toskan
Untuk sup sayur
1. Panaskan kuali, tumis bawang putih, cili merah dan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan udang dan ayam dan tumis hingga udang menjadi merah, masukkan air secukupnya untuk kuah. Biarkan mendidih.
3. Masukkan garam, secubit secukup rasa maggi dan bebola ikan tadi. Biarkan mendidih
4. Akhir sekali masukkan sawi, daun bawang dan sawi putih. Biarkan sawi layu,rasai garamnya dan angkat.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net