Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Jul-2008 14:11 Email | Share | Bookmark
KARI AYAM ALA MAMAK, ROTI ARAB

 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Bila kita tak cukup masa, atau dengan kata lain sibuk
maka masakan pun ringkassss aje
Akak masak kari ayam ala mamak untuk hidangan tengahari
jom layaaaannnn
Quote:

KARI AYAM ALA MAMAK

Bahan-bahan
beberapa potong ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
santan dari sebiji kelapa
gula secukup rasa
1 keping asam gelugor

Bahan tumis
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba
sepotong kayu manis
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 paket rempah kari
5 ulas bawang putih~dimayang
2 inci halia~dimayang/dihiris
3 ulas bawang merah~dimayang

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis selain rempah kari sehingga bangkit bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit santan, kacau sebati.
4. Masukkan ayam dan asam keping, dikacaurata. Kecilkan api, tutup periuk sebentar
5. Bila pecah minyak, masukkan lebihan santan. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Bila kuah sedikit kering, angkat dan hidangkan.




Yang ni pulak akak cuma nak tunjuk
akak ade beli roti arab di sebuah restoran di Semabok Perdana
rotinya cukup lembut sekali
1 keping baru rm 1.00
Ini kira roti arab segera
Bila nak makan dipanaskan
bila dicecah dengan kari ayam
memang sedap sampai tak cukup satu kepingg.


ROTI ARAB BERSAMA KARI AYAM


SUKA MAKAN GINI DRP CECAH KUAH ASING. BELADUNG SEDAAAPPP.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net