Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jul-2008 15:17 Email | Share | Bookmark
PULUT, PULUT DURIAN DAN PENGAT DURIAN SAGU

 
 
 
 
Salam buat semua.

Sebut pasal pulut, masa kecik-kecik akak memang gemar pulut tanak. Dulu pulut hasil tanaman sendiri. Sekarang ni je beliiii. Biasa kalau dah muak dengan nasi, kami akan tanak pulut. Makan dengan kelapa yang ditaruk sedikit garam dan ikan kering. Itu biasalah bagi kami, dari dulu sampai sekarang. memang sedap. Makan pulak dengan air kopi 'o' panas. Tapi kali ini akak cuba tambahkan sambal udang bersama mix vege. Memang terangkatttttt. Kombain antara kelapa dan sambal, memang sedapppp. Bolehlah untuk isi perut kosong sehingga tengahariii. Rasanya kengkawan semua tahu cara membuat sambal udang. Tapi akak nak tepek juga resepi untuk rujukan anak-anak akak.

Quote:

PULUT BERSAMA SAMBAL UDANG
Bahan-bahan
2 kg udang sederhana besar, dibuang kepalanya dan dibersihkan
Mix vege
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 1/2 sudu besar gula
1 keping asam gelugor
1 sudu perencah ikan bilis

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
20 biji cili kering~dipotong dan direndam dengan air panas
1 labu bawang besar

Cara:
1. Panaskan minyak, goreng udang hingga garing. Angkat dan ketepikan
2. Tumiskan bahan kisar dan asam keping hingga garing.
3. Masukkan garam, gula secukupnya dan masukkan mix vege, kacau sebati
4. Masukkan udang dan taburkan perencah ikan bilis. kacau hingga rata.
5. Rasai garamnya dan angkat.


Ini kisah pulut jugak, tapi berkaitrapat dengan durian yang sedang bermusim sekarang ini.
Setiap Fp yang akak kunjungi pasti tayang durian. Yang terbaru akak kunjungi Fp Jeff yang menceritakan makan durian free dari MB. Wah bertuah sungguh badannnn. Tahun ni tidak seperti tahun lepas, akak beli durian dengan harga RM 5.00 sekilo, Beli 3 biji dah cecah RM 35.00. Tahun lepas RM 2.00 sekilo tapi dapat free satu bakul durian yang masih elok. Tapi dek kerana teringin nak makan durian, akak beli ajeee. Punya teringin sampaikan menu berbuka akak ialah pulut durian. Makan sampai puass. Tapi waktu tu aje rasa dah tak nak, tapi besoknya balik dari kerja makan lagi pulut durian tu. Tanak pulut, kopek durian, hiriskan gula manisan dan perahkan kelapa menjadi santan untuk kali kedua. Mak terkelip-kelip pandang akak ( pelik lah tuuu ).


PULUT DURIAN

Selang tiga hari teringin pulak nak makan durian. Haik memang betul-betul hantu durian. Balik aje kerja terus ke gerai durian tepi jalan ( gerai lain pulak). Tengok duriannya kecik-kecik. Harga RM 3.00.
Tapi isinya tak mengancam seperti durian yang pertama dibeli. Sampai aje kat rumah, terus kopek dan makan gitu aje. Pas tu terlintas pulak nak makan pengat durian bersagu. Terus tenggekkan santan, masukkan gula ( anak tak nak gula melaka ), bila kuah mendidih,masukkan sagu dan durian.



Bila dah siapkan akak hidangkan bersama roti. Wahhhh cecah roti pulak sama pengat duriannnn. Kiranya akak cakap dalam hati akak, rasanya lepas ni dah tak beli lagi durian. Tapi rupanya sangkaan akak salah, bila singgah pasar malam untuk beli ikan mak, dan sambil tinjau2 binjai, akak terpandang durian dengan RM1.50 sekilo. Bila lihat isinyaaa, fulamakkkk tebal betul, sehinggakan tidak ade bijik, bijiknya kecil aje. Akak beli 3 biji yang besar dengan harga RM7.00. Haa yang ni akak makan gitu aje. Memang puas hatiiii. Agak-agaknya lepas ni dah tak beli lagi kottt. Kira-kira makan durian ni dah 4 kali lah. Sekali kawan bagi dan 3 kali beli. Ok dah tu kot untuk tahun niii. . Ade tak yang lebih daripada saya??????? Boleh jadi geng hantu duriannn.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net