Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jul-2008 07:06 Email | Share | Bookmark
BINJAI DAN KARI ASAM NENAS SARDIN

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua

Sekarang ni musim buah binjai. Sepanjang jalan ade aje orang jual. akak tak lepas peluang untuk merasai keenakan buah binjai. Satu petang di pasar malam, akak terpandang buah binjai dijual dengan harga rm 9.00 sekilo. Kata penjual buah, binjai ni jenis binjai manis. Tapi buahnya kecil sangat. Akak beli satu kilo. Bila makan rasanya tak puas sebab yang paling enak ialah yang masam.( pelik sikit akak ni )



Satu hari akak borak-borak sama kawan sepejabat pasal buah ni. Kita orang ni bila sebut pasal binjai aje, kecur liur dibuatnya. Tambah pulak waktu tu tengah puasa sunat. Kebetulan ade makcik yang menyapu pejabat terdengar perbualan kami. Dia cakap kat rumah dia selalu jiran bagi binjai. Kalau nak nanti dia bawakan.



Esoknya dia kasi 2 binjai masam. dia cakap dia minta binjai tu dari jiran sebelah rumah dengan alasan ade orang yang mengandung nak makan. "Masya Allah mak cik niiiiiiii. Isyh isyh isyh mentanglah aku ni tembam sikit dia kata aku mengandungggg". So akak cakap tak baik mak cik cakap macam tuuuu. Akak ambik jugak binjai tu. Nak tolak kot dia terasa hati pulak. Susah2 dia cari binjai untuk akak. Bukannya ape, dia teringat akak cakap nak masak lemak binjai dengan ikan.



Balik aje ke rumah, akak terus kopek binjai tu. akak rasa bahagian atas manis sikit tapi bila lapisan bawah mak oiii masamnya. dok cadang jugak nak masak lemak ikan tu, tapi bila lihat ikan dah kehabisan stok tak jadi pulak. So akak hiris binjai tu nipis-nipis, masukkan dalam tupperware. Tabur dengan sedikit garam dan gula. akak biarkan lebih kurang 2 jam. Dah boleh makannn. Alamakkkkk memang sedappp, terangkattttt dengan rasanya yang masam manis tuuuu. time menulis ni pun dah kecur liurrrrrr.



Tak puas dengan yang ituuu, di pasar malam hari yang berikutnya akak mencari lagi binjai masam. Tujuan nak masak lemak tadi tu lahhh. Siap beli ikan berbagai, jumpa gerai jual binjai ni. Buah binjai yang satu ni memang besar, lebih besar dari binjai masam tuuuu. Jadi akak agak binjai ni mesti masam. Sebab akak memang target nakkan binjai masammm. so tanya pak cik tu. Dia cakap binjai manis. dia hulurkan sikit untuk rasa. Waktu tu akak puasa. Jadi tak dapatlah rasa. Dalam hati kalau binjai ni manis mesti buahnya kecik. jadi akak beli dalam 3 biji lebih kurang 1 1/2 kilo. Harganya dah turun rm 9.00 jugak.

Bila selesai berbuka, akak kopek binjai ni nak rasa masam ke manis. Nak tahu? rupanya cakap pak cik tu memang betul, binjai manissss. Yang ni makan puas sikit sebab isinya tebal sikit berbanding binjai manis yang first sekali beli tuuuuu. Tu lah kisah binjaiiii manis, binjai masammmm. Nampaknya kena cari lagi lah binjai masam untuk masak lemak ikan sama binjai niiii. ( mengalahkan orang mengandung, tu ler kot mak cik tu kata akak mengandungggg. Wa ka ka ka ka ka ka )


Quote:
KARI ASAM NENAS SARDIN

Selalunya kalau masak sardin gitu aje, akak kureng sikit. Biasanya hubby yang gemar masak sardin canggini. Senang dan rengkas. Akak teringin nak makan sardin biar betul2 ikut selera akak. Jadi akak mula buat 'operasi' masak sardin ni. Jom tengok 'operasi' akak tuuuu.

Bahan-bahan
1 tin ikan sardin Mackerel
1 tin nenas
sedikit garam
1 batang karet~ dipotong bulat
1 sudu rempah kari
1/2 cawan fresh milk
minyak untuk menumis

Bahan hiris
1 1/2 inci halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah

Caranya
1. Tumis bahan kisar hingga layu dan bangkit baunya
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga garing
3. Masukkan sardin bersama kuahnya. Kacau sebati
4. Masukkan nenas dalam tin. Akak masukkan 1/4 nenas bersama airnyandan karet. Sebatikan.
5. Masukkan fresh milk dan rasakan garamnya. Angkat.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net