Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jul-2008 15:15 Email | Share | Bookmark
MAKAN DI TEMPAT KERJA

 
 
 
 
Salam buat semua.

Kalau kita ditanya best tak kalau makan kat kantin pejabat? Mesti ramai yang mencebek, sebab tak suka. Asyik makanan yang sama dan tak ikut kehendak selera. Tapi kalau dah lapar tu, hentam aje. Cukup untuk alas perut supaya perut tak masuk angin. Kalau kena harinya boleh berat jugak nak bangun ( terlampau kenyang la tu ) he he he.

Akak pun sama. tapi akak rasa seronok jugak, pengusaha kantin akak sekarang sporting sikit orangnya. Ari tu, perut akak dah tak tahan menjerit2 mintak diisi. Tengok makanan belum ade yang berkenan. Kuih muih ade terhidang tapi tak ade selera nak makan. Memang susah sikit akak nak makan kuih muih yang orang buat untuk jualan ni. akak lebih suka makan yang akak masakkkk. Entah lah kenapa. akak pun pelik jugak. Tapi kalau ade kuih cekodok , baru akak makan.

Jadi akak terus masuk ke dapur. Ternampak dia orang tengah kukus roti. Teringin pulak nak makan roti panas2. So akak capai pinggan, akak ambik roti. Lepas tu akak minta sepotong ayam goreng yang masih panas2. Bila dah ambik roti, ambik ayam dah mulalah macam2 dalam kepala. Ternampak salad, ambil salad, nampak mee goreng baru aje diangkat dari kuali, akak ambik sikit, Eh dah buat macam dapur sendiri pulakkk. Tuan kantin sudukan akak mayonis sikit. Wah lagi lahhhh sedap. Pastu akak tuangkan sikit cili sos. cukup sempurna.




akak tatang pinggan akak dan terus bawak ke meja makan. Kawan2 mula bertanya, mana ambik tu...masing2 dah terliur tengok sarapan pagi akak. Amboiiii makanan omputihhhh.mereka dah jeles la tuuuu. He he he he Memang puas betul sampaikan.... kenyang hingga ke petanggg. Alhamdulillah. Harga RM 4.00.




Pagi tadi akak mula buat perangai lagi. ambik makanan yang sama. Mee goreng digantikan dengan Mee Hun Goreng. Salad tak ade. Cuma akak tambah tauhu sumbat satu. Akak tak ambik gambar yang ini. Harga RM 3.70. Memang syiok kalau kita sendiri tentukan selera kita kan?


AMACAM????? TAK NAK CUBA DI RUMAH?????? CUKUP SENANG UNTUK BUAT SARAPAN KAN?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net