Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jul-2008 10:51 Email | Share | Bookmark
Murunggai Goreng , Kerisi Masak Kunyit & Ikan Tumis Kelantan

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Seronok betul akak kerana ramai yang cuba meneka bunga n3 yang lepas. memang lah kalau kengkawan dok kat bandar, memang tak pernah jumpa pokok tuu. Cuma kengkawan yang biasa dok kampung aje, akan selalu lihat pokok tuuuu. Tapi kalau tengok buahnya pasti semua tahu. Tahniah bagi yang teka betullllll. memang itu bunga kacang bendi.




Tapi akak tak dapat nak bagi award. Nanti suatu hari nanti akak bagi ok!


Sebut pasal award ni, sebenarnya akak terima award dari mamasya dah lama. Dah copy dah punnn tapi terlupa nak tayang. Terima kasih pada mamasya sebab ingatkan akak. Ni dia award tuuu.


sorry akak edit sikit, baru nak belajar edit. He he he

Kali ni akak nak tunjuk masakan akak pulak lahhhh. kengkawan kenal tak dengan pokok murunggai. Banyak khasiat pokok murunggai. Nanti akak masukkan dalam n3 herba. Biasa masyarakat India suka daun dan buah murunggai. dorang masak goreng daunnya bersama telur atau ayam. Sementara buahnya umpama kekacang itu dimasak kari bersama ikan. memang sedap. Kali ini akak masak daun murunggai bersama daging. Untuk pengetahuan kengkawan, adik2 dan kakak2, pokok murunggai tu jugak dikenali dengan nama KELO/POKOK KELO. Kalau pegi pasar pasti terjumpa dengan buah kelo yang berwarna coklat kehitaman sikit dijual di situu. Kalau kat kelantan pokok ni dipanggil Jemunggai.

Quote:

Murunggai Goreng Bersama Daging

Bahan-bahan
1 ikat daun murunggai/kelo yang muda. Digetus daunnya dan dibersihkan
Daging~dihiris nipis
1 biji telur
1 labu bawang besar~dihiris bulat
3 biji cili kering~dipotong kecil
3 ulas bawang putih~dimayang
4 biji cili api~dipotong kecil
1 biji cili merah~dihiris
1 sudu kecil perencah ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung+ sedikit air
sedikit air
garam secukup rasa
sedikit gula.
sedikit minyak untuk menumis

Cara
1. Panaskan kuali, tumis bahan hiris sehingga layu dan cili kering sedikit garing.
2. Masukkan daging, kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air untuk melembutkan daging.
4. Masukkan sos tiram, perencah ikan bilis dan biarkan daging empuk.
5. Masukkan telur dan biarkan telur separuh masak dan kacau biar rata.
6. Masukkan daun kelo/murunggai, kacau rata.
7. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung, kacau sehingga kuah sedikit pekat. Rasakan dengan garam dan sedikit gula. Angkat dan hidangkan.
Masakan ni khas untuk penggemar daun kelo. Tapi bagi yang belum merasainya, boleh dicuba tapi daun murunggai ni rasanya ada sikit2 pahit atau orang kelantan kata ' maung' sikit.


Yang ini adalah masakan yang digemari anak2. Rasanya masam2 pedas sikit. Makan pulak dengan sambal belacan. Pasti tak cukup nasi dibuatnya.
Quote:

KERISI MASAK KUNYIT
Bahan-bahan
8 ekor ikan kerisi sederhana besar. Kalau yang besar dipotong dua- dibuang sisik dan dibersihkan.
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit~dicarik2kan
Air secukupnya

Bahan kisar
5 biji cili merah
6 biji cili api
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
2/3 biji tomato masak
3/4 batang serai
2 inci kunyit

Cara:
1. Campurkan bahan kisar bersama air ke dalam periuk. Masukkan asam keping dan daun kunyit.
2. Panaskan periuk dan biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan ikan kerisi dan garam secukup rasa
4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Rasa garamnya dan angkat.



Masa kecik2 dulu, memang suka bila tengok mak masak ikan tumis ni. Memang sedap bila makan dengan nasi panas-panas. Mesti menambah nasi. Time sekarang ni orang dah tak nak masak canggini lagi. Dunia dah berubahhhhh. Banyak masakan2 yang lagi lazat daripada ini. Tapi akak kalau teringat masa kecik2 dan teragak nak makan, akak akan masak. Bila akak masak ni akak akan bagitau anak2 inilah masakan yang selalu akak makan masa kecik2 dulu. Jadi dorang dapat merasai bagaimana rasa makanan ibunya dulu. Bila akak masak ni, dia orang cukup suka. Dia orang kata macam sardin. Tapi bagi akak tak pulakkkkk. Ape2 aje lah anak2 oiiiii, asalkan kamu suka, itu sudah cukup bagi ibu.

Quote:

IKAN TUMIS KELANTAN

Bahan-bahan
5 ekor ikan selar~ ikan yang lain boleh digunakan tapi tak berapa ummmmph
Garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis
1 keping asam gelugur

Bahan kisar
1 sudu kecil lada hitam
10 biji cili kering
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Cara:
1. Ikan dibersihkan, dikelar dan dipotong dua. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan digoreng sedikit garing. Ketepikan
2. Di dalam periuk, panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi.
3. Masukkan air secukupnya dan asam keping. Biarkan kuah mendidih dan mesra semua bahan bahan.
4. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Biarkan mendidih dan ikan kelihatan sebati dengan kuah.
5. Masukkan garam secukup rasa, dan biarkan kuah sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.



Resepinya nanti dulu ye! ( Oppppss Sudah ada ) Tapi akak tahu pasti ramai yang tahu resepinye terutama kengkawan dari pantai timur macam mamasya dan madiha. Betul tak Ziela dan Na?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net