Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Jul-2008 15:51 Email | Share | Bookmark
PAK CHOI BERSAMBAL UDANG

 
 
 
Salam buat semua.

N3 kali ni tak sempat nak tulis resepi. Resepi besok aje ye!. Menu ni paling akak suka. Senang membuatnya dan ringkas. Rasanya cukup sedap. kalau pak choi setakat 10 pokok rasanya seorang aje boleh habiskan. Jom tengok gambarnya dulu ye!






NI DIA RESEPINYERRR

Quote:
PAK CHOI BERSAMBAL UDANG
Bahan
A
10-15 batang pak choi
air yang mencukupi untuk merebus pak choi
2 sudu minyak

B
Bahan kisar
15-20 ekor udang sederhana besar- dibuang kulit dan kepalanya
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 biji tomato masak
2 biji cili merah
6 biji cili api
10-15 biji cili kering

C

Garam secukup rasa
Sedikit gula
secubit secukup rasa Maggi ~ tak buh pun tak ape. Kalau buh lagi sedapppp.
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Masak air bersama minyak hingga mendidih. Masukkan pak choi sekejap sekira-kira hampir layu, angkat dan susun di atas pinggan mengikut citarasa sendiri.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan B sehingga wangi. Taburkan secubit rasa maggi. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau biar rata dan pekat. Angkat dan curahkan ke atas pak choi tadi. Hidangkannn.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net