Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 09:40 Email | Share | Bookmark
MAKAN-MAKAN DI TOM YAM KLASIK

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua teman,
Seronok sekali bila kite dijemput untuk hadiri majlis jamuan. Akak disuruh ikut serta dalam majlis jamuan perpisahan seorang rakan sepejabat. Kita orang cuma 9 orang aje. cukup untuk satu meja bulat. Jamuan bermula jam 4 petang. Bila ditanya menunya ape.....menurut penganjur menunya stail omputih. Tapi menunya dirahsiakannnn. ' Makan aje lah ape yang dihidangkan nanti' kata penganjur tu. Akak agak mesti di antara menu tu ada spagheti. Menu pertama yang dihidangkan ialah sup cendawan bersama roti bawang putih. Kita orang hirup sup cendawan di selang seli dengan mencecahkan roti ke dalam sup.


Memang laju je makannn, maklum lah perut dah lapar. Dalam hati 'wah not bad makan kat sini'.................Akak makan hampir kenyang......kemudian menu kedua sampai. Haaaa betul sangkaan akak. Spagheti Bolognese.



Akak pandang kelip-kelip mata aje lahhhh sambil bertanya perut boleh sumbat ke lagi ni?. Actually akak tahu akan ade beberapa hidangan selapas sup cendawan tu. Tapi dek kerana lapar, akak makan roti tu sampai 4 ketui, tambahan pulak hidangan spagheti tu lambat sikit sampai.........Bila akak tengok kawan akak sorang ni berselera dia makan spagheti tu, akak pun mula menjamahnya.





Bagi akak spagheti ni , rasanya biasa ajeee. mungkin dah kenyang kotttt. Akak usahakan jugak untuk habiskan spagheti tu tapi sorry ye spagheti kerana kau ada yang tersisa di pinggan, tak dapat masuk mulut gua.

Sambil-sambil menyuapkan spagheti dalam mulut, Pelayan datang bertanya, pilih nak daging ke, kambing ke, ikan ke, atau ayam ke?. Akak pandang pada penganjur, sambil tunjuk muka ingin tahu hidangan ape. Pengajur cakap kita nanti dihidangkan dengan befstik. Akak teringat pada kawan akak yang sarat mengandung. Dia pun hadir sama dalam majlis jamuan tu. Sebelum hadir jamuan tu dia ade beritahu akak yang dia teringin sangat nak makan befstik tu.....Haaaa sekarang akak tengok dia yang paling gembira sebab lepas ni dia dapat makan ape yang di idamkan. Bukan main berseri muka dia. Akak order daging, boss akak order ikan, yang lain-lain order kambing dan ayam. Punya lah lama nunggu befstik ni sampaiiii, rasanya hampir 45 minit baru sampai. Tapi ok jugak sempatlah spagheti turun ke perut, kalau tidak memang tak boleh sumbat lagi. Maklum lah dah tua2 gini tak boleh lagi makan banyak. sekarang ni perut dah ajar makan sikit-sikit tapi kena kerap terutama sayuran dan buah2an. sambil2 tunggu makanan yang diorder akak sempat snap ikan2 di kolam.



Yang order dah sampai. Akak tengok cantik dressingnya. Yang akak punya daging, keringgg. Dari guna garfu dan pisau akak lebih gemar guna tangan. Makan dengan tangan lagi puas. Cubit sikit daging, cecah dengan sos lada hitam. Ada beberapa kawan akak ikut cara akak. He he he bahagia sungguhhhhhh. Jom tengok ........










hiasan tepi pinggan, sos dan mayonis.


Bersama sos lada hitam


Cantik hiasannya. Agak2 dia dibuat dari ape ye?


Ini hak kepunyaan boss.


Yang boss punya memang sedap


Banyak betul mayonis boss niiii


Fish chop boss.

Akhir sekali kita dihidangkan dengan buah dan puding mangga. Akak memang gemar semua puding. Puding ni memang sedap, amat sesuai dengan selera akak.



Akhirnya penyampaian hadiah kepada orang yang diraikan. Tak sangka pulak orang yang dijemput pun dapat hadiahhhh. Dah la kasi makan, makan sampai kenyang, dapat hadiah lagiiii. Bahagia hidupppp.


waktu balik sempat snap nii.


Snap tergesa2 kerana hujan lebat.

Gendang gendut tali kecapi
Perut kenyang suka hati

Gendang gendut tali kecapi
Kami balik senang hati

Gendang gendut tali kecapi
Selalu2 lah jemput kami lagi

Terima kasih daun keladi
kalau boleh kasi2 lah lagi. ( pantun pulakkkk....dah berjangkit dengan pemancing ikan )

note: balik rumah anak akak yang sulong masak sup cendawan maggi ( ni pun dapat hadiah dari Maggi sebab anjur pertandingan memasak Maggi). Bila akak cuba hirup sikit sup cendawan tu, rasanya seakan2 sup cendawan kat restoran tuuuuuu. Akak rasa lega sebab anak2 pun dapat rasa sup cendawan mcm akak rasa. Ok lahhh. Tapi dalam hati berkata-kata jugak entah2 restoran tu guna sup cendawan segera maggi jugak kooottttt. Atau mungkin secara kebetulan rasa dan rupanya sama. Entahlahhhhhh.

Akak dapat award lagi. Kali ni dari Aishah's fotopages~Ummiaqil.Terima kasih Aishah. asalnya dari Ah Mat Gebu. Terima kasih Mat Gebu atas kreativiti anda!.


Dan nih syarat utk pemerimanya..."This award is to be given to blogs that have at least 3 posts per week" Jadi akak anugerahkan award ini kepada:

1. Madiha
2. Mamasya
3. Mak lang Azie
4. Masriyah
5. Mamafami


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net