Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Jul-2008 07:46 Email | Share | Bookmark
SPAGHETI GORENG DAN SET NASI RINGKAS

 
 
 
 
Salam Semua

Bila akak tengok resepi kengkawan menggunakan spagheti menggantikan mee...........akak rasa teruja jugak nak rasa macam mana.................... Akceli menu ni dah lama tersimpan........... bila tinjau2 ari tu dalam folder terjumpalah menu ni yang belum diupload lagi..................... Kes tinjau tu sebab ape................ ni kes pasal tangan dok gatal2 guna kamera asyik dok snap aje.............lepas tu masukkan dalam folder, ari tu bila nak masukkan gambar dalam folder................ dah full spacenya, ape lagi kenalah tinjau setiap folder mana yang kena delete........................... Tu terjumpa yang belum diupdate lagi....................... Biasanya spagheti ni akak masak mcm omputih tu, rebus spagheti dan tuang kuah,macam spagheti Bolognese tu............... sekarang ni senang bagi yang bekerja, perencah siap dah ade.............................. Dulu akak main taram buat sendiri kadang-kadang idea tu datang bila nonton TV................ atau bersembang-sembang dengan kawan-kawan yang pernah tinggal di over sea............................ atau belek2 buku resepi omputih bila ke kedai buku...Satu lagi bila nak rasa masakan laksa johor.........Gerenti guna spaghetti, memang ngam.

Spaghetti kering memang sentiasa ade dalam simpanan.....Sebenarnya dah dua kali buat spaghetti goreng ni....... memandangkan akak sekarang tak boleh makan mee kuning.....mungkin campuran dalam mee yang menyebabkan akak alahhh..... Mungkin kalau dibuat mee kuning sendiri mungkin boleh makan....Tapiiiiii tu laaaa, jenis M ni susah sikitttt....... Spaghetti goreng ni ikut versi akakkk......Akak suka goreng spagheti ala2 siam sikit. Kalau buat ni memang 'palut sungguh' kata orang kelantan.... Akak guna resepi mee goreng phat phet versi akak tuuu.


Spagheti Goreng

Quote:
SPAGHETI GORENG PHAT PHET

Bahan
1 bungkus spagheti. Dibersihkan, direbus sehingga lembut, angkat dan toskan
daging, dihiris nipis
ayam, dipotong kecil
udang*, optional
sotong*, optional
6 helai daun limau purut
2 biji telur
2 sudu serbuk perencah ikan bilis
2 pokok sawi
kobis
sos cili
sos tomato
sos tiram masam manis
kicap
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
fishball
fishcake

Bahan kisar
1 1/2 in halia
1 1/2 in lengkuas
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
4 batang serai, dihiris halus
sejemput lada hitam
10 biji cili api
3 biji cili merah
10 batang cili kering

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar,serbuk perencah ikan bilis, daun limau purut hingga garing.
2. Masukkan garam, gula dan masukkan ayam, daging, sotong ,udang, fishball, fishcake dan dikacau sebati.
3. Masukkan pula kicap, sos tomato,sos cili, sos tiram dan dikacau rata. Jika pes terlalu kering masukkan sedikit air agar daging dan ayam senang empuk.
4. Masukkan sayur, dan akhir sekali masukkan spagheti. Goreng sebati.
5. Ketepikan sedikit spagheti di dalam kuali, pecahkan dua biji telur di tepi kuali dan masukkan sedikit minyak untuk telur masak. Kacau2 telur tersebut, bila dah hancur dan sedikit kering, gaul rata bersama spagheti tadi. Angkat. Boleh dihiaskan dengan taburan bawang goreng, hirisan limau kasturi, hirisan daun bawang dan daun sadri. Untuk lagi pedas bolehlah ditambah sedikit sambal garam.



Quote:

Yang ni pulak ayam goreng menggunakan perencah ikan bilis. Saja nak test ape rasa kalau taruk perencah ikan bilis ni. Dalam hati berkata' mesti terangkat punya'. Ia cukup simple dan sesuai bagi yang sibuk/bekerja macam akak niiii.

AYAM GORENG BERPERENCAH BILIS

Bahan-bahan
Beberapa potongan ayam.~bersihkan dan toskan
2 biji telur~dipukul hancur
1/2 cawan tepung gandum
1/3 tepung jagung
4 sudu besar perencah ikan bilis
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara:
1. Dalam bekas, campurkan tepung gandum, tepung jagung dan perencah ikan bilis. Gaul sebati
2. Telur yang dipukul letakkan dalam bekas berasingan
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian celupkan ke dalam adunan tepung.
4. Goreng dalam minyak yang banyak. Bila kekuningan angkat dan hidangkan.

Nak ringkas akak cuma masak ayam goreng perencah ikan bilis bersama bayam merah dan hijau goreng biasa. Makan dengan nasi panas-panas. Memang menyelerakan. Ni diaaa, Jom makan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net