Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 07:51 Email | Share | Bookmark
PENCUCI MULUT

 
 
 
 
 
 
Salam semua,

Bila lihat fp kengkawan yang menggunakan tepung campuran Hoen Kwe, akak terus beli dan simpan dalam almari. Ari tu bila 'selongkar' almari terpandang tepung ni tak terusik. Jadi akak cuba masak mengikut resepi yang diberikan tapi akak kukus bukan kacau dalam periuk. Akceli bila akak rasa, perasanya cukup kuat. akak kureng sikit bila kuih diletakkan banyak perasa. Walau pun begitu anak2 suka. Habis jugak kuih tuuuu.

Quote:
KUIH KUKUS HOEN KWE


Bahan-bahan
1 cawan tepung campuran Hoen Kwe warna merah
1 1/4 cawan gula halus
1/4 sudu garam
3 cawan santan
1/2 biji kelapa parut + sedikit garam

Cara
1. Panaskan pengukus
2. Campurkan kesemua bahan di atas.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas kuih lompang
4. Kukus selama 15~20 minit. Angkat dan sejukkan
5. Sedap dimakan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam


Lagi sekali akak masak menggunakan tepung campuran ni yang warna kuning. Kali ini akak campurkan dengan jagung dalam tin. Sukatan dan masak sama seperti yang diberikan cuma akak tambah jagung dalam tin. Kalau ikut taste akak, puding ni memang sedapppp.

Quote:
PUDING EMAS JAGUNG BERSALUT SANTAN



Bahan-bahan

Untuk puding
1 cawan tepung campuran Hoen Kwe
1 1/4 cawan gula halus
1/4 sudu garam
3 cawan santan
1 tin jagung manis

Cara:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk
2. Masak sehingga pekat dan sebati
3. Tuangkan ke dalam acuan. Bila sejuk keluarkan dari acuan

Untuk santan

1 biji kelapa parut~ambil santan pekat
3 sudu tepung beras dibancuh dengan 1 cawan air
sedikit garam
3 helai daun pandan~disiat dan disimpulkan

Cara:
1. Panaskan santan dan daun pandan
2. masukkan bancuhan tepung beras dan garam
3. Kacau sehingga pekat dan sebati.
4. angkat dan sejukkan

Bahan sampingan
3 biji pisang emas~dihiris bulat nipis
1 biji mangga masak~dipotong dadu
3 biji prune~didadu kecil




Cara menghidang
1. Masukkan puding ke dalam bekas ( akak gunakan mangkuk kecil, tak ade bekas yang sesuai~ sorry haaaaa dan akak gunakan tupperware kecil, yang ini lagi cantik dipandang )
2. Susun hirisan pisang dan mangga di keliling puding
3. Letakkan prune dadu di atas puding sebagai hiasan
4. Curahkan santan ke atas puding jangan sampai menutupi puding.
5. Siap untuk dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net