Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Jul-2008 06:41 Email | Share | Bookmark
RINDU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tempoh hari akak berkesempatan menjejakkan kaki di sekolah lama akak. Cukup seronok bila akak dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat di situ. Bukannya ape selepas Peperiksaan STP, langsung sudah tidak menjeguk sekolah ituuu. Rindunya sikit terubat bila memasuki pagar sekolah , berjumpa dengan kawan lama dan dapat solat di surau sekolah. Akak cukup bersyukur kerana sekolah itu dapat mengekalkan budaya yang diamalkan sejak dulu. Pelajar-pelajar di sana masih mengekalkan pembacaan al quran selepas solat di surau. Selepas selesai solat aje, semua pelajar akan mengambil al quran dan membacanya dengan khusyuk. Syukur Alhamdulillah kerana masih ade generasi al Quran di zaman yang cukup mencabar ini. Sekalung tahniah buat pengetua, tenaga pengajar dan pelajar2 yang masih dapat mengekalkan budaya celik al quran itu.

Cukup rindu untuk mendengar kabar dari kawan-kawan lama yang sama-sama belajar di situ. Cuma yang dapat akak tahu perkembangannya ialah saudara Badrul Amin dan beberapa pensyarah di IPTA. Yang lain-lain langsung putus hubungan. Kalau dapat disambungkan balik perhubungan persaudaraan seperti dulu alangkah seronoknyaaaaa. Kalau ade yang mengenali akak, hubungilah akak.

Akak sempat snap beberapa lokasi untuk dibuat kenangan. Jom tengokkkkk

Perjalanan ke sanaaaaaa


Bahagian depan pejabat


Pajabat




Asrama putera masih berdiri megah


Taman di depan pejabat. Masa dulu belum ade. Akak ingat kat sinilah
akak berlatih main bola tampar~wakil sekolaaaaaaahhhhh




Asrama puteri. Dulu belum ade gelanggang permainan. Bila petang di sinilah
akak belajar dan mengajar kawan2 bermain silat gayung~Dilantik jadi tenaga pengajar
Seni silat gayung.( cheeewaaahhh ) Bila test, kawan2 yang dapat tali pinggang, sementara akak tak ade, sebab tarik diri tak nak test, waktu tu pemalu siiiikkiiiiiiiiiiiiiiiiiiittttt.


Masjid nilah yang selalu bermain diingatan. Dulu waktu outing,
laluan belakang masjid ( berjalan kaki ) nilah kita orang selalu guna untuk ke Hospital Kelang dan Bandar Kelang.Kita orang melintas jugak Istana Sultan bersebelahan Masjid.


Bangunan kelas tempat akak belajar dan prep dulu. Ingat di waktu ambil ujian, duduk di tepi tingkap.


Bangunan inilah yang menjadi serbuan setiap pelajar, pagi, tengahari dan petang.
Tanpa tempat ni laparlah akakkk. Yang seronok dulu kita orang dihidang bukan makan dalam tray macam sekarang ni.


Sempat tembak bunga2 ni di taman Kisas






Sekolah yang menjadi kebanggaanku ( dulu dikenali dengan Kolej Islam Kelang) Di sinilah akak diajar erti hidup yang sebenar." Hablun minallaah wa Hablun minaNaas"~ "hubungan dengan Allah" dan "hubungan dengan manusia."

SALAM REJAB BUAT SEMUA.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net