Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jul-2008 14:41 Email | Share | Bookmark
APAM IDAMAN SURI

 
 
 
 
 
Salam buat semua,
Terasa lama tak makan apam dan kuih yang kukus2 ni. Jadi bila lihat tepung gandum tersadai aje dah lama, terlintas nak makan apam. Buka almari, belek2 dan tinjau ape yang ade, akak dapati masih ade lagi prune, ade coklat chip dan ade limau sunkist. Akak kata ape kata kalau akak campur semua sekali jadikan apam kukus. Tengok ape tastenya. Bila dah masak, mak oiii memang sedap. akak masukkan kulit limau sunkist, bila makan tergigit kulit limau ni, harumnya rasa.Tapi dia rasa sikit saje pahit tapi tidak menjejaskan rasa apam.


Quote:
APAM IDAMAN SURI
Bahan
4 sudu besar penuh mentega
4 biji telur
3 cawan tepung gandum( diayak 3 kali)
1 sudu besar soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung +
1 cawan air suam~jadikan air susu
1 cawan gula kastor
1 sudu besar ovellete
2 biji limau sunkist~ ambil perahan airnya
1/2 biji kulit limau sunkist~dicincang halus
8 biji prune~dihiris
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna ikut suka~akak masukkan hijau dan merah jambu

Cara
1. Panaskan pengukus
2. Pukul mentega, gula dan ovellete hingga kembang
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul hingga sebati
4. Masukkan pula bancuhan susu dan air sunkist. pukul sebati
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaubbalikkan
6. Masukkan coklat rice, prune dan kulit limau sunkist. Kaup balikkan biar rata
7. Adunan di bahagi dua. Satu masukkan warna hijau dan satu lagi warna merah jambu
8. Sudukan adunan hijau ke dalam acuan dan diikuti oleh adunan merah jambu.
9. Kukus selama 15-20minit. angkat dan sejukkan
10. Keluarkan dari acuan bila apam sejuk.





Lebihan adunan akak cuba bakar jadikan kek pulak. Saja nak tengok macamana rupanya......Bila dibakar, sedap jugak rasanyaaa.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net