Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jul-2008 13:44 Email | Share | Bookmark
GULAI AYAM ROSE, SAYUR GORENG KANGKUNG CENDAWAN

 
 
 
Salam buat semua,

Hari ni akak mula beroperasi memasak kari ayam dengan rempah gulai cap bunga ros yang mamasya bagi tempoh ari. Kalau ikut mak lang azie, dia cakap tak berapa ikut tastenya. Akak pun nak jugak cuba try rasa dan test. Bila akak masak, masa menumis tu, harum baunyaaa. Teringat bila balik Kelantan, time lalu kedai makan, rasanya bau macam ni lah karinya. Mak akak tanya masak ape. Baunya wangilah. Mak pun perasan bau masakan akak yang berlainan sikit ari ni. Akak bagitaulah akak guna rempah gulai dari terengganu tuuu. Dia tak sabar2 nak rasa, sampaikan gulai baru mendidih, dah minta kuahnya. Akak cedukkan kuah dan sepotong ubi kentang untuknya. Ayam mak tak dapat telan kecuali kalau hancur betul kerana tekak mak dah sempit. Mak cuma makan nasi lembik bersama masak air/ singgang ikan sahaja. Panjang cerita pulakkkkk. Ok tengok gulai ayam rose yang akak buat tuuuu.



Quote:
GULAI AYAM ROSE
Bahan

1/2 ekor ayam. Dipotong dan dibersihkan
1 paket rempah gulai cap bunga Rose
1 labu bawang besar~dipotong 8
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
2 sudu kerisek
1 biji kelapa, ambil santannya
1 keping asam gelugor
1 biji ubi kentang ( dalam stok ade 1 biji aje~nak taruk lebih pun boleh )
2 biji cili merah~dibelah tidak putus
garam secukup rasa
2 sudu gula
minyak untuk menumis

Bahan kisar
15 biji cili kering
6 biji cili api
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit
2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas

Cara
1. Panaskan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga. Masukkan bahan bahan kisar, rempah gulai tumis sehingga naik bau dan garing
2. Masukkan ayam dan sedikit air. Gaul sebati. Biarkan hingga naik minyak
3. Masukkan santan, ubi kentang, asam keping, garam dan gula. Biarkan hingga mendidih
4. Masukkan bawang besar, cili merah dan kerisek. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Angkat

Gulai sedap dimakan bersama nasi, ikan kering dan sambal belacan atau sambal garam atau pun dicecah dengan roti




Quote:
SAYUR GORENG KANGKUNG CENDAWAN
Bahan
kangkung ( petik kat rumah aje )
cendawan tiram
garam secukup rasa
serbuk secukup rasa maggi ( sebenarnya nak cuba secukup rasa maggi )
sedikit gula
sedikit daging~dihiris nipis
minyak untuk menumis
sedikit air

Bahan hiris
1 biji cili merah
4 ulas bawang putih

cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan hiris hingga bangkit bau. Masukkan daging dan tumis sehingga daging separuh masak
2. Masukkan sedikit air, kangkung, cendawan tiram, garam,gula dan serbuk secukup rasa.
3. Masak sehingga sayur layu. Angkat dan hidangkan.



JOM MAKAN.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net