Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Jun-2008 11:36 Email | Share | Bookmark
LALA GORENG BERLADA PUTIH DAN MERAH, KEK PRUNE BERSUNKIST

 
 
 
 
 
Salam Buat semua.

Hari tu ade masuk rumah kak liza. Tengok lala gorengnya. Akak terus teringat lala goreng akak yang tersimpan tak diupdate. Pas tu terasa pulak nak makan lala tu lagi bila tengok lala goreng kak liza yang mengancam jiwa. Jadi tadi bila balik dari test blood singgah sekejap tepi jalan yang jual lala ni. Tapi mak oiiii harganya sudah naik. 2 minggu lepas harga yang kecil hanya RM3.00 dah yang besar RM4.00. Tapi ari ni dia campur yang kecik dan besar jadi harganya RM5.00. Akak ni jenis muka tak malu. Akak cakaplah ari tu punya harga. Akak tawarkan dengan harga RM4.00. Sib baik dia bagi. He he he he. Akak beli 2kg aje.


Jadi kawan2 boleh lihat entry kali ini dengan dua resepi lala goreng yang berbeza. Tengoklah yang mana satu berkenan. Jom laaaayaaaaaaaaaaannnnnnnn.


Quote:


LALA GORENG BERLADA PUTIH

Bahan

2 kg Lala/kepah
1 pokok daun bawang~dipotong 2" panjang
1 pokok daun sup~dipotong 2" panjang
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
sedikit gula
2 biji cili merah~dihiris
1 sudu tepung jagung
1 cawan air
sedikit sos tiram
Sedikit minyak untuk menggoreng
1 labu bawang besar~dihiris

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato masak
10 biji cili kering

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dan asam keping sehingga bangkit bau dan garing.
2. Masukkan garam, gula dan sos tiram. Kacau sebati.
3. Masukkan lala yang sudah dibersihkan, dikacau rata kemudian tutup sebentar.
4. Buka tutupnya dan biarkan kuah/air lala sedikit kering.
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung ( 1 sudu tepung jagung+1 cawan air) ke dalam lala tadi. Kacau biar rata.
6. Masukkan daun sadri, daun bawang, bawang besar, b dan cili merah. Kacau sebentar. Kemudian angkat dan hidangkan.



LALA GORENG MERAH

Bahan
2kg lala/kepah
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
sedikit gula
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis
sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili api
15 biji cili kering

Cara
1. Lala dibersihkan, toskan dan ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali. Campurkan bahan kisar, asam gelugor, garam, gula dan serbuk pati ikan bilis dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan lala, gaul biar rata dan tutup sebentar.
4. Bukakan tutupnya dan kacau rata. Masak sehingga kuah sedikit kering.Angkat dan hidangkan.



KEK PRUNE BERSUNKIST

Bila lihat resepi kek pisang dari Umi Kal yang menggunakan minyak, teringin jugak nak cuba bagaimana rupanya buat kek tanpa majerin atau mentega tapi diganti dengan minyak. Berpandukan kepada resepi Auntie Umi Kal tu, akak tukarkan pisang dengan prune dan sunkist, kebetulan yang ini aje ade dalam stok. Nak beli pisang rasa malas pulak, lagi pun nak habiskan stok prune ni. Mulanya bila bakar kek tak terlintas langsung nak taburkan dengan badam cincang tapi bila kek tu hampir masak baru teringat nak acu try tabur badam cincang ni. Nasib baik ada lebihan bancuhan kek lagi jadi akak taburkanlah dengan badam cincang tuuuu. Kek ni nampak macam gituuu aje tapi bila makan ianya lembutt sangat. Terima kasih ye auntie bagi resepi ni tapi sorrylah aye ubahsuai sikit.

Quote:
KEK PRUNE BERSUNKIST


Bahan
7 biji prune~dipotong kecil-kecil
2 biji sunkist~ambil airnya dan kulitnya dicincang halus
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan minyak ~ akak guna minyak visawit aje
secubit garam

Cara
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang
2. Masukkan prune, air sunkist dan kulitnya dan gaul sebati
3. Masukkan tepung, gaul lagi, akhirnya masukkan minyak dan kaub balikkan sampai sebati.
4. Masukkan ke dalam tin pembakar yang telah dilapik dengan kertas kek dan taburkan badam cincang ke atasnya.
5. Bakar selama 40~45 minit. ( akak masukkan ke dalam oven microwave~tekan menu kek)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net