Jie Jie's Fotopage

By: jie jie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Jun-2008 15:35 Email | Share | Bookmark
JUMPA MAMASYA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua.

Akak seronok betul malam ni sebab dapat berjumpa dengan mamasya dan familynya. Mamasya ada hantar SMS suh gi rumah dia, tapi akak balik dah petang. Pulak tu nak gi rumah dia tu jauh jugak kat Durian Tunggal.Waktu malammmm. Takut jugak maklumlah kita pompuan. Tapi rasa terkilan kalau tak dapat jumpa dengan dia. Jadi waktu maghrib akak cal dia, dia cakap ade kat Jaya Jusco, ape lagi akak bersiap terus gi kat JJ tu. Dapat lah berborak2 melepaskan rindu. Dapat jugak peluk Shazrin dan cubit pipinya yang montel tuuu. Nak lepaskan gerammmmm.

Dekat 9.30 malam, kami pun beransur pulang. Mamasya dan hubbynya nak jugak akak datang rumah diaorang. Akak cakap akak takut nak balik nanti. Hubby mamasya cakap, tak ape dia hantar sampai lebuhraya. Akak pun cakap ok lah.

Sampai di rumahnya, Mamasya tunjuk pokok sirehnya yang merimbun. Cantik sungguh. Akak memang nak sireh dari Kelantan. Sireh Kelantan lebih manis dari sireh Melaka. Dulu ade jugak bawa balik sireh ni dari Kelantan tapi tak pernah hidup. Bila berpucuk aje mati. Jadi akak minta dengan mamasya beberapa batang sireh untuk di tanam di rumah dan di tempat kerja akak ( memang ditanam pokok2 herba ).

Akak dipelawa ke dapur. Alamak hai ade dua biji kek di atas meja. Decornya cantik banget. Kata mamasya dia yang mendecorkan kek tu, sementara yang membuatnya ialah kak Zati. Satu kek pandan, bila mamasya potong, bau pandannya semerbak dan satu lagi kek biasa tapi dilapis dengan mangga. Mamasya potong kedua2 kek dan bagi kat akak. Ini yang best ni. Biasa dok terliur aje bila tengok dalam fp mamasya, sekarang dah dapat rasa.


Kek Harijadi Mamasya.


Dah boleh bukak bakery dahhhhhh ni.


Hanya tangan yang lembut saja boleh buat niii.


Cantik rosnya.


Ini kek yang satu lagi tu, dekor kartun patrick kegemaran anak mamasya.

Lepas tu bila nak balik mamasya bagi rempah ros dari terengganu, sambal laksa serawak dari brunai dan rempah laksa terengganu. Satu lagi dua biji mangga besar macam mangga yang akak tanam. Lebih kurang beratnya dekat 1 kg. Seronok tak terkata. Sebelum naik kereta sempatlah ambik sireh tu bawak balik. Seperti yang dijanjikan akak ditemani pulang hingga ke lebuh raya air keruh.


Mangga pemberian mamasya


Rempah gulai dan laksa


Pokok sireh. Dahan yang berjuntai tu yang akak ambik.


Special kek pemberian mamasya.

Sampai rumah, terus tanam sireh, takut mati. Pas tu dapat merasa kek harijadi mamasya. Kata mamasya akak lah orang yang pertama rasa kek hari jadinya. Wah special betullllllll. Kedua2 kek tu memang sedappppp. Jangan jelesssssss.

Buat mamasya sekeluarga, akak ucapkan terima kasih banyak2 dan buat mamasya akak ucapkan selamat menyambut hari jadi ke ........... moga Allah panjangkan umur, murah rezeki dan hidup sentiasa diberkati Allah selalu dan semoga berada di kalangan orang-orang yang dikehendaki oleh Allah. Amin.

Akak sekarang ni problem sikit nak masuk Fp kawan2 semua. Bila bukak saja terus mati. Cuba klik beberapa kali tapi masih sama. sempat tengok gambar skejap aje terus lesap. Jadi tak dapatlah untuk memberi komen kat Fp kawan2 semua.Mungkin dah diserang virus. Maafkan akak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net